Hari Raya Datang Lagi!

Assalamualaikum w.b.t,

Syawal menjelang kembali. Ramadhan telah berlalu, dan tahun ini adalah antara tahun-tahun yang sangat merugikan bagi aku dan suami. walaupun tahun ni tahun pertama kami berpuasa bersama-sama, tapi tahun ini tahun yang sangat mencabar. apa tak nya, bulan ramadhan, bulan kami masuk rumah baru. penat puasa, penat mengemas. mana dgn anak-anak. mmg sangat menduga tahun ni. mudah-mudahan amalan yang tak seberapa lengkap itu cukup utk kami. mudah-mudahan.


Dan buat tahun pertama juga mama tak dapat beraya di kampung sendiri (labuan) . Mama terpaksa ikut aku beraya di tanah besar tahun ni. adik beradik yang lain pun masing-masing berhari raya di rumah mertua. sedih juga la, sebab saban tahun, pagi raya kami penuh dengan aktiviti memasak, iron baju raya dan sama-sama ke pusara arwah ayah. selepas tu, kami pulang ke rumah makan beramai-ramai bersama-sama adik-beradik. 10 adik beradik. tahun ni, rutin telah berubah.


buat tahun pertama juga, aku dan suami beraya bersama-sama anak-anak. seronok. excited. penat. dan letih. nana dan lia pakai baju raya berbunga kecil. nana berwarna purple, lia pula berwarna merah jambu. mama dan papa pakai baju apa yang ada. kami sama-sama berbaju berwarna hijau. biarlah anak-anak merasa berbaju baru pada hari raya. kami pun dah puas berbaju baru. biar sekarang giliran anak-anak.


apa-apa pun, hari raya tetap satu event yang aku tunggu-tunggu saban tahun. hari di mana, semua keluarga berkumpul bersama-sama. tak kira apa berlaku sepanjang tahun, tapi hari raya tetap bersama. hari di mana, aku terasa kemeriahannya, bukan kerana bunga api atau mercun, tapi riuh dengan hilai tawa adik beradik dan anak-anak buah. masing-masing berkira-kira angpow dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik. bayangkan adik beradik aku saja ada 10 orang. anak buah lebih kurang dalam 32 orang. meriah!


semua itu ............. dalam kenangan.


yang tetap akan ku tunggu saban tahun agar suasana hari raya itu tetap sama seperti dulu (walau hakikatnya aku harus redha yang setiap masa akan pasti membawa sedikit perubahan-tak mungkin semuanya akan kekal abadi). segalanya pinjaman dan milik Allah. begitu juga dgn kebahagiaan yang pernah kami kecapi bersama pada setiap 1 syawal dulu-dulu. hidup kan umpama roda.

"Selamat hari raya buat semua yang mengenali,
Salam penuh keinsafan dan memohon agar segala khilaf dapat dimaafkan.
Tiada rasa yang lebih luar biasa melainkan perasaan kembali ke fitrah yang di tentukan.
Mudah-mudahan kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh rahmat dan berkat. Amin .. "

No comments