Home

I've been away for a short chinese new year break. balik kampung. travel setengah hari yg memenatkan berbayar bila berjumpa bonda, adik beradik, anak2 buah, kesegaran dan ketenangan d tempat sendiri. mahal harganya.

balik kali ni, terasa terisi penuh dengan aktiviti bersama keluarga. barbecue, picnic, famili futsal. we did it all together this time. 3 hari 2 mlm full with aktivities. best giler. tak dpt nak tangkap semua gambar. having fun terlupa nak snap apa-apa.

walaupun macam tu, terasa juga dengan kekurangan sesuatu. walaupun bukan secara nyata, tapi d hati tetap terasa sesuatu yg tidak kena. hmmm...

apa-apa pun, aku harap keluarga aku dapat harung dugaan ini bersama. ada hikmah d atas segala yang Allah turunkan dan tentukan. kita hanya mampu merancang. Allah Taala juga penentu segala.
hidup telah mengajar aku ttg ukhwah kekeluargaan dan ikatan yang adik-beradik adalah satu kekuatan utk kita berpaut waktu senang dan susah. walaupun kita bergaduh bermaki berterajang mengata antara satu dengan lain, adik-beradik adalah satu ikatan yang takkan putus. hidup mengajar aku untuk menghargai mereka dengan lebih baik di waktu mendatang. siapa mereka dalam hidup mereka tak penting .. yg penting aku dan mereka adalah sedarah.

rindunya pada kampung halaman. rindu dengan bayu laut yang tenang. cuaca suam-suam panas. pagi yg nyaman d halaman rumah. rindunya rumah yang berwarna jingga. rindu pada pagar yang berwarna hijau. rindunya.......

No comments