dull.housewife

selalu tak korang jumpa mother yg cantik dan bergetah berbangga menyebut bilangan anaknya walhal sorang pun anaknya dia tak jaga. maid jaga, mak jaga? selalu tak? saya selalu la juga. kira macam terasa jeles la juga dengan golongan ni kan, boleh melaram, n b a proud mother but they dont have to run through what the ordinary mother did. I am so mad sometimes. derang boleh p salon, spa, buat kuku, buat kaki... wah.. jelesnya saya.

tapi bila saya di beri peluang untuk memilih samada nak p kerja atau dok umah jaga anak, rasa-rasa saya p tak kerja? bila pk logik, sy pegi kot. tp bila melihat anak-anak saya yg sangat comel (perasan punya mak!) biarlah saya kat umah. buat rambut sendiri, buat facial sendiri. tu pun kalau yg lain dah done. kalau tak, pakai tepung gomak je lah. hehe.

hubby selalu bagi semangat n kata-kata yang buat saya semangat la skit kan.. "takper dear, you look just fine.. tak payah p salon pun","alah... they all look pretty coz they dont do housework like you do kan?"... dan beberapa ayat menyedapkan hati saya.

walaupun sebenarnya rasa hati ni... masih berkata-kata "bila awak nak jaga anak-anak sat sy nak p salon? " heeeeeee.....


No comments