jiran.saya

petang tadi, saya mandikan anak-anak dan bawa dorang keluar d luar utk main basikal. saya pula lepak d rumah jiran depan rumah saya. depan rumah saya ni ada 2 jiran. sebelah rumah saya takde org lagi. sonok la juga dapat berbual-bual dengan jiran. hee. saya mmg tak penah kuar petang-petang sebelum ni. bukan nak bergosip atau mengumpat. tapi sekali sekala berkenalan dengan jiran kan.

tapi jiran sy ni baik orgnya. cikgu. dia dulu xUSM gak. hee. semangat USM masih kuat di hati. (walaupun). anak kakak ni, ada 2 orang. sepasang. lelaki dan perempuan. sangat la good girl n boy. dorang ni kawan baik nana kat sini. alhamdulillah, itu antara benda yang sy suka. at least nana ada kawan kan.

kami ni bertukar-tukar pingan. kelmarin, sy bagi kek lapis. dia balas tapai pulut. hari ni dia bagi roti jala kuah kari pulak. tp sy tak ada benda nak balas. esok. insyAllah. jiran sy ni mmg rajin orgnya. belakang rumah dia ada tanam macam-macam. limau purut, limau kasturi, cili padi, jagung. adui. malunya saya. sy je malas. harap je laman kt tepi besar dari org lain. tapi harapkan serai serumpun yang tak berapa nak rumpun. hee....

pecaya tak.. saya tak tau nama jiran saya .. esok mesti tanya :)

No comments