Tanpa Letrik, berpanas dan nyamuk!

i think the title describe best kan apa yang terjadi pada kami d sini?

takde electric dari jam 1 pagi 25hb ... sampai la 6.30 petang 26hb. ha... nampak je macam satu hari.. tapi itu 2 mlm yang sangat hangat. bukan setakat hangat, siap dgn gigitan nyamuk... mula-mula ingat macam biasa la kan, a few hours, then dah ada letrik, tp rupa-rupanya berhari-harian ( nampak sangat tak bley hidup tanpa SESB kan? ) hehe..

so, malam kedua kitorang stay nite kt courtyard. happy gila la anak-anak. yang tersangat happy, mak nya. oh ye.. hampir lupa, malam yg kitorang bertarung dgn nyamuk tu, malam tu juga, sy tak sihat badan. muntah2. cirit2. adui. tatau apa yang salah sy makan. agaknya.. agaknya masak lemak pucuk ubi yang sy makan pagi tu dengan hubby... mlm tu (mlm gaji), jadi, kami bergerak ke Gaya Street utk ke bank2 yg berkenaan. sepanjang tu ada la dlm 2 kali berenti kereta, utk mengeluarkan isi perut. hmm... habis Nasi Goreng TOMYAM dari Penang Village 1B. nasiblah nasi... nasib juga tak berapa sedap (mungkin lidah sy pun masa tu tengah pahit)...

sebenarnya pada mlm kami bermalam d courtyard tu, letrik dah ada kt umh. tapi masa tu kami dah packing barang, dah masuk kereta, dah start bergerak (dengan gembira) utk ke courtyard, hubby berenti depan rumah pencawang jiran saya d tepi jalan, masa tu ada pegawai tu dah bgtau hubby sy, yg letrik, sat gi akan ada. tp hubby tengok muka sy dah macam rojak yang bermalam ... hubby pun kata, t"ak pe lah, kita tdo je kt courtyard malam ni... takut2 letrik tak stabil balik, dan black-out berulang"... sy sangat happy balik. sakit perut, muntah2 semua hilang ... :)

bilik d courtyard hotel tu sama saja macam bilik di hotel tune. cuma hubby lebih suka ke courtyard, sbb ada lift n bellboy. takde la sengsara nak angkat beg dan naik tangga. very comfy tapi mmg utk 2 org dewasa (ada 2 budak masih boleh la, tp utk 3 dewasa, not recommended. harga utk government servant is RM98.00. RM98 tu masih ada ++ ok... so total, dalam RM113. boleh la ek, nak hotel yang macam mana murah lagi kan. sekarang ni mmg nilai duit tak nampak sangat. 

aktiviti kami malam tu, keluar makan d HOMES, dan ke HARRIS utk belikan nana dan lia buku. :) i like. sy mmg suka belikan anak2 buku berbanding mainan. walaupun sy tau buku tu bakal d koyak dan d gigit dan d sepah dan akhirnya ke tong sampah, sy lebih prefer buku jugak. sbb sy mmg suka buku dari kecik. sy lebih byk buku dari mainan. :)  so, nana dalam Dora and Abuile (storybook), dan lia dalam Who's there ? buku animal ... masuk bilik hotel, dorang apa lagi, dengan buku masing-masing la bergaduh la bila alia, lebih berminat dengan buku nana berbanding buku dia ... ishk ishk ishk... sabar je la ...

wah tak sangka. byk cerita yang sy dapat keluarkan hari ni :) hehehe.. tapi minggu ini sangat menarik sebab tiada letrik, berpanas dan bernyamuk .. dan tak ketinggalan dapur pun tak BERASAP. 
Sekian ...

ps. Esok hari ulang tahun suami saya. :) tak tau apa nak masak esok. ingat nak buat brownies. tapi dia tak suka kot. erm.. dia suka blueberry cake, tp saya tak beli filling lagi. adui... apa nak buat ek...





No comments