Swiss Roll (notttt)...

sangat la sedih kelmarin dan kelmarin satu lagi. sebab swiss roll sy dah tak nak jadi dah. yg first tu je yg menjadi. buat kali ke2, dan kali ke3 dan kali ke4 .. dia jadi begini. kenapakah?

sy sungguh konfuse dan tertanya-tanya. apa yang sedang berlaku ni? hmm... resepi yang sama. baking powder kah? atau.. oven kah? hmm...

kenapa jadi macam ni???

masa first time buat, sy buat setengah adunan. setengah segala2nya. tapi menjadi dengan baik dan sedap bila di masukkan dalam tekak. tp bila confident dah naik, buat la satu adunan yang betul2. tapi tak jadi. kali ketiga pun tak jadi. kenapa agaknya ?

ini bukan jadi swiss roll .. ini dah jadi macam....hmm.. rather not saying it.

tapi rasanya ok. cuma... hmm... (oklah pasal rasa tu, sy menyedapkan hati sendiri memandangkan 15 biji telur telah terkorban dalam nahas swiss roll ini)

No comments