Muhasabah

Salam ramadhan.

Terasa sekejap sangat ramadhan kali ni. dah nak dekat penghujungnya dah. dengan dugaan dan cabaran demi cabaran terasa tak sempat menikmati ramadhan dengan lebih baik. anak-anak dah sihat, sy pula kurang sihat. tapi insyallah, next week ni dah boleh dah puasa. insyallah.

dengan kurniaan dah rahmat yang Allah berikan sy selama ni, mmg harus sy sangat bersyukur dengan apa yang sy dpt selama sy di dunia ni. kalau nak diharapkan 'usaha' dan 'luck' sy, sy rasa sy ni tak kemana. tapi Allah sentiasa menjaga dan merahmati sy saban hari, walau sy selalu lupa pada Nya. sedihnya sy.

keluarga, suami yang membimbing, anak-anak yang menceriakan, hidup yang mencukupi. name it, sy rasa sy cukup dengan apa yang sepatutnya sy dapat. kadang terlebih. Alhamdulillah. sy rasa sangat happy. sy rasa segalanya ada. cuma sy perlu hadirkan diri utkNya lebih kerap lepas ni. bukan setakat 5 waktu ... mungkin lebih ke.. sbb apa yang diberi sangat byk dan tak terhitung oleh sy.

*berdoa dlm hati, smoga diberi rezeki utk lebih ibadah, lebih memberi dan lebih ceria selepas ini. Ameen.


*** credits: http://doadoaharian.blogspot.com

No comments