Rutin seorang surirumah

Hampir setiap hari - rutin saya agak sama. nama pun rutin kan. sendiri mau ingat la makcik. Hampir setiap hari, saya akan bangun setelah dibangunkan oleh encik suami jam 5:50 pagi utk solat subuh jikalau tak bercuti , cuti kalu , dia tak kejutkan, dia biarkan sy tidur sampai 6:45 lepas dia dah mandi dan baru nak gerak pergi kerja.

Kemudian, mulalah rutin pertama. CUCI PINGGAN. cuci la pinggan yang masih ada di sinki dari malam. kalau sinki bersih ... skip la. then terus p fridge tengok-tengok, apa yang nak dinyahbekukan utk dimasak pula nanti. kemudian, sy masukkan baju-baju dlm mesin basuh. sementara sy kemas-kemas rumah, masak, sementara tu juga baju sy berbasuh kan. selesai nanti, boleh la sy jemur.

Kalau anak-anak dah turun dari tingkat atas, sy akan terus mandikan dorang. kalau tak pun, sy buka kan anak-anak channel nickelodeon atau disney sementara sy masak nasi atau apa yang penting. lepas mandikan dorang, sy terus pakaikan baju n bagi dorang makan kenyang-kenyang.

begitu lah hari-hari. diulang-diulang. menyapu rumah tatau berapa kali sehari. (penat tau!) nak-nak pula rumah sy ni 2 tingkat. dan dekat dengan bukit dan sedikit hutan di belakang rumah. sangat byk s.e.m.u.t. macam-macam-macam jenis semut ada. yang merah, hitam, kelabu, besar, kecik, sederhana. beribu-beribu dan di segenap tempat. di ceiling, di lantai, di air masak, air manis, gula, garam... adui.. sebut la mana tempat pun, mesti semut tu ada. huhu.... sheiltox di rumah ni abis bukan spray apa, spray semut. last-last, sy ckp kt semut-semut tu, tak pe la , jangan gigit anak sy sudah k... kesian la kt anak-anak sy...

belum lagi cerita ttg mainan anak-anak yang sekejap di kemas, sekejap lagi, bertaburan balik. hmm.. sy ni ada nada-nada mengeluh ke? tak patut kan? sy seorang mama. tapi sy juga seorang manusia. pandai penat. pandai letih dan urghhh... pandai juga mengeluh. tapi tak bererti sy tak suka dengan apa yang sy lalui. sangat la best kan. dapat membesarkan anak-anak di depan mata sendiri. tak perlu bergegas ke pejabat atau melalui jammed utk ke tempat kerja. yang sy perlu buat, HANYA, jaga anak siang dan malam, masak utk anak-anak dan suami, pastikan segalanya sempurna utk mereka, dan ulang semua atau buat semua sekali dalam satu masa.

mudahkan ?

ps. diantara waktu-waktu -ada selingan bertelefon dengan rakan seperjuangan di dapur menggunakan telefon cordless siemens encik suami. nasib baik telefon telekom to telekom- FOC. kalau tak jenuh juga membayar bil telefon setiap bulan :)

3 comments

nanazack said...

samala effa...umah aku ni pun byk semut...mcm2 spesis... cicak jgn ckp...bertimbun...kdg2 tu dh xlarat nk bersihkan najis dia...igt umah aku ni tandas diorg ke?huhuhu

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

fa..rutin kita ada lain skit...part masak,bagi anak makan...sama..part mengemas,lipat baju...adoiiii...! nak cari cleaner laaa....hihihhi

enz said...

nana > betul.. dulu mula2 masuk umh ni semut kurang. tp cicak.. humakkk aii... mmg byk besar2... sekarang yg dewasa dah hilang yg kecik2 lak byk...

kak janna > sekarang ni kak dah tambah satu rutin.. buat roti setiap tengahari utk d hantar pada waktu petang :) hehehee