Cheesy Cheesecake



hahaha. ada terliur ? cuba telan air liur tu.. nanti naik meleleh kena keyboard. huhuhu. Baru2 ni, kawan saya cik ina, tempah kek ni dengan kek orange moist. sy pun dah lama tak buat kek. Incik Kenwood dah lama berehat. jadi sy pun terimalah tempahan walaupun agak sibuk utk menyambut aidil adha.

 so, sy sangat bermurah hati pada hari ini. here we go. recipe cheesy cheesecake :)).

Bahan-bahan:

100g tepung gandum
50 g tepung jagung
150 g gula castor
6 biji telur kuning + 3 biji telur putih
3 biji telur putih (asingkan)
1/2 sudu BP
1 sb ovalette
2 sb mentega (dicairkan dan disejukkan)
50 g susu cair
2 sb krim keju

Lapisan - 1/4 tin susu pekat manis + Krim keju yg selebihnya 
{pukul sampai sebati n gebu}

Cara-cara :

1. Pukul telur, gula, ovalette, susu cair dan krim keju sehingga pekat dan putih.
2. Kemudian masukkan tepung , BP dan mentega cair. Pukul lagi.
3. Dengan kelajuan tinggi, pukul 3 putih telur yang di asing kan tadi sehingga pekat dan gebu di mixer yang bersih *yanglain
4. Campurkan kedua2 adunan. Cara kaup balik.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian. bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit.

Sy selalu bahagikan kepada 2 bahagian, boleh juga kalau masak sekali gus, kemudian, dibelah 2 utk di masukkan inti krim keju dan susu tadi. Selepas tu, boleh la salut permukaan kek dengan inti tadi. Akhir sekali, taburkan parutan cheddar di seluruh bahagian.

Kek Cheesy Cheese ni sedap di makan sejuk2 .. :))

No comments