Kenangan Terindah



Hari ni, dimulakan seperti biasa. Tiada khabar gembira. Hari-hari, mama saya akan bercerita tentang sedih di hati nya. Hari ni, lebih kepada rindu pada 2 orang cucu yang paling di sayang, anak kepada abang saya. Aisyah Farah dan Adlee Farhan. Mereka dulu, tinggal serumah dengan kami, sekarang mereka berdua dah pindah ke rumah baru. Itu yang mama saya terasa sedikit kehilangan...

Tiba-tiba, adik saya telefon saya, katanya dia nak datang.

Bila dia sampai. Memang saya terkejut. Dia bawa sekali anak-anak buah saya ni. (dia ambil dari rumah besan mak saya). Mama saya sangat gembira....

Bukan dia saja gembira. Nana pun sangat gembira. Alia? Tak tidur petang jadinya. Saya pula tak menang tangan di dapur. Yelah, bukan selalu anak-anak buah saya datang. Masak meehoon goreng dan ayam goreng. Masing-masing makan 3 pinggan. oh ye. Mama saya yang masak. Saya tolong je ... :)





Sama tak muka mereka berdua ni ? Satu keturunan. Keturunan Mahat. :))



Mama saya sangat sayang pada cucunya yang seorang ni. Bukan hanya kerana dia cucu, tapi dia adalah antara cucu yang paling manja dan membesar di depan mata mama saya. (walaupun mama saya tidak membesarkan dia secara langsung). Perasaan seorang nenek, siapa dapat menduga...



Yang seorang ni, apa kes ? Heehee. Dia sangat 'happy'. sampai saya nak tidurkan pun dia tak mahu. dia buka baju time ni. Mungkin dah rimas dan berlenggas.


Kasih sayang sedang dicurahkan. Masing-masing berpeluk-peluk, saya pula ambil kesempatan snap gambar secepat yang mungkin ... Kenangan yang tak mungkin saya lepaskan. Terima kasih atas kenangan ini.

:))