Dia tersenyum lebar.


Si dia tersenyum lebar dan penuh kepuasan, bila dapat memiliki isteri pujaan hatinya yang baru. (nasib bukan isteri ya) :P Dah agak lama juga dia menunggu untuk memiliki Scooter. Tapi saya melarang. Sebab saiz yang kurang sesuai dengan dia. Tapi bila tiba-tiba seorang rakan baiknya membeli Maxi Scooter VTS200 SYM ni, dan dia dah ujipandu, semakin la membuak-buak keinginannya. Kali ini saya tak boleh nak kata apa lagi. Memandangkan Yamaha Lagenda nya yang berusia kurang setahun agak kurang stabil untuk ketinggian suami saya (181 cm) hee... akhirnya saya beralah.


Saiz maxi scooter ni memang macam superbike. Agak sesuai untuk long distance dan santai ride. :)

 Suami saya tang menjaga kereta / motor mmg cun.


 Alia pula demam , selepas kami ambil motor dan sampai ke rumah. Mandikan dia awal sikit, dan tampal COOL FEVER di dahi (tag awal-awal, supaya kita tengok dia nakal skit rasa kesian) hehe..


Adik tak dapat motor baru.. basikal tua kakak pun jadilah ...agaknya itu lah difikiran adik kan ?

No comments