Give Away - Saat Yang Bahagia By My Precious


Drumbell please...
.
.
.
.
.
.


 Walaupun ... walaupun gambar kawin saya takde digital... hehe.. nak join la juga.  Kenangan selepas akad nikah ni. Mmg sangat gembira. Segala rintangan telah ditempuhi bersama dengan jayanya... "walaupun" laut china selatan memisahkan kita.. *hhuhuhuhuhu...

NAMA ANDA & PASANGAN :

Effa & Hazizi

TARIKH KAWIN : 12 September 2003

Panggilan manja antara anda berdua (",): 
Ayang Berbalas Ayang jugak. hehehe..


PENGALAMAN PERTAMA DI RUMAH MERTUA


Saya agak kekok! Itu lah ayat yang paling sesuai. Kekok sebab saya tak kenal pun dengan mertua saya sebelum berkahwin. Pernah 2 kali jumpa itu pun secara formal. Dengan perspektif yang agak kurang memberangsangkan *saya ni bukan anak menantu pilihan. Jadi agak janggal dan susah utk masuk ke dalam keluarga suami saya. Mulut saya ni potpet-potpet, rumah mertua pula jenis 'berat mulut'. Cuba bayangkan.. nasib baik bila lihat 'wajah kesayangan hamba' terus hati tu cair la katakan, rela lah di tempuh duri maupun lumpur. heheheh... cecece.. ayat saya...

Tapi Alhamdulillah, sekarang saya dengan Mak mertua dan saya sangat rapat. Abah suka bersembang dengan saya. Adik beradik suami saya pun baik-baik belaka. Inilah namanya ..- tak kenal, maka tak cinta.- dah kenal tak semestinya bercinta ... . Perkenalan dan perkahwinan ini membuktikan pada diri saya yang, cinta datang tanpa diundang dan keikhlasan adalah titik tolak kepada kebahagiaan. okeh, saya dah melalut. Nanti keluar pula ayat-ayat cinta jiwang saya. Sengal pula petang korang.

hehehe...

*saya orang luar semenanjung :p
Saya nak tag.....


KAK JANNA :) (sebab sy nak tgk gambar kawin kak janna )

orang lain kalau nak join pun boleh... silalah ke sini


1 comment

Janna Wan Muhammad said...

yang..ai tak dan buat la ..sori yer..huhuhhu