Hobi baru- Penyejuk rumah


Kami ada tambahan penghuni baru di rumah. Teman anak-anak. Goldfish. Sejak 2 menjak, suami saya teringin nak pelihara binatang di rumah (pet). Mula-mula nak pelihara kucing, tapi saya kurang bersetuju sebab ada anak kecil. Saya faham sangat dengan suami saya, kalau dah berkawan dengan kucing, memang dia bawa kucing tu sampai ke bilik tidur. Ingat lagi kucing lama saya, Chocho. Tak tau di mana dah kucing tu, sebab dia dah menghilangkan diri. Umur Chocho sekarang 15 tahun. Darab lah dengan 7- itu adalah umur sebenar kucing. Dah tua dah dia .. hehehe..

Antara sebab lain, saya tak mahu lagi pelihara kucing, sebab saya pun sayang kucing. Kucing ni macam anak pula nanti nak dilayankan. huhuhu. Bila dia sudah tak ada, saya rasa kehilangan pula nanti. Chocho ni, teman saya belajar masa PMR dan SPM. Chocho ni juga teman baik kepada teman lelaki saya dulu (suami saya lah). Agaknya Chocho antara faktor suami saya pilih saya sebagai teman hidupnya ? :)

Masa ni bujang lagi, tidur dengan chocho. Bermanja-manja dengan chocho.


Kenapa pula gambar chocho pula yang banyak ni. Saya sebenarnya nak letak gambar ikan-ikan kesayangan saya sekarang. 



Saya tak pernah pelihara Goldfish. Sebelum ni, keluarga saya pernah pelihara ikan kaloi, ikan kap (koi sabah), ikan puyu (ikan air tawar). Goldfish ni terkenal dengan 'cerewet'. Susah nak jaga dia. Tak makan susah, terlebih makan pun susah. Air kena sentiasa bersih. Tak boleh suasana yang kotor. Kena perhatian sikit dengan dia. Suami saya bernafsu besar!! Dia nak tambah lagi seekor rakyat. Arwana. huhu. Saya juga tukang cuci 'tank' tu nanti. Saya tak suka tengok 'tank' itu kotor. Menyemakan mata memandang.

Semoga ikan-ikan ini gembira berada di rumah saya. Semoga juga mereka bawa malaikat masuk ke rumah. Sejuk sikit rumah ni nanti ;)

No comments