Ikan Keli, Sup Daging dan Pizza



Hari ni memang murah rezeki rumah saya. Semalam, dapat akhirnya beli bawang besar bombay ( bawang besar yang berwarna merah ). Selagi tak dapat bawang tu, selagi tu saya tak nak masak ikan keli (yang siap disiang dan dibakar oleh mak mertua saya) - special delivery dari Nilai :) , sebab kalau guna bawang besar yang putih tu takkan sama dan sedap rasa masak cili tu kelak - ha ah la effa, macam lah sedap kalau awak masak guna bawang besar merah tu ye. ( semestinya! ) he he.


Tapi hari ni, kesian lah pada hubby, sebab dia on duty pula hari ni. Tak per, boleh letak dalam peti sejuk ; esok tugas saya akan jadi lebih mudah ( tak payah masak lauk :) he he.


Hampeh punya isteri!


Untuk anak-anak pula, saya masakkan mereka sup daging (lebihan daging korbah hari raya korban lalu). Akhirnya habis juga daging tu. Saya dan suami memang kurang sikit makan daging kecuali - daging masak rendang dan daging kambing panggang :) - teringat pada daging kambing weekend ni cadang nak BBQ di belakang rumah.


Sup Daging



Sebelah petang pula, tulang saya jadi agak rajin sebab sebenar- lapar, sejuk dan hujan. Akhirnya saya buat pizza untuk diri sendiri dan anak-anak. Pizza tuna. Tak sangka. Pizza saya laku hari ni. Memang licin lagi berkilat.


Selama ni, memang saya tak tau yang anak-anak saya minat makan pizza tuna. Mungkin juga faktor umur. Nana dah semakin besar, jadi seleranya pada makanan yang berbeza, bertambah.
 
bagus anak mama , bagus.. kalau banyak makan nanti kita boleh main monkey bars. :) puji saya pada Nana.

Peminat Pizza tuna rupanya anak-anak ini

 

Rezeki -jiran selang beberapa depan rumah saya yang juga orang kampung saya (orang labuan), hantar  nasi minyak dengan lauk ayam masak merah. Sedap! Terima kasih Inoi!!

Dia memang rajin masak. Dan rajin bagi saya lauk. Saya je jarang bagi dia lauk, sebab saya jarang masak special. hehe. 

Jiran baru sebelah rumah pun saya tak terbagi apa apa lagi. Jangan kan bertukar lauk jumpa muka pun tak lagi. Masing-masing jual mahal malu-malu agaknya :).

InshaAllah lah. Esok saya nak masak special ke, nak sedekah ke jiran berdekatan. 

Saya bertukar fikiran sepintas lalu.

Hari khamis laaa....

2 comments

Yan said...

Rajinnya masak. Lagi best kalau licin dimakan anak2..berbaloi kan..

Effa | Mama FZ said...

kak yan, selalu nya saya malas... :P
tapi time2 rajin boleh tahan penat gak smlm... betul2 tak larat nak blogwalking last nite.. anak2 tido, sy pun KO. :))