Mama Kembar 3 buat Giveaway Yay!

Bermulalah cuti tahunan suami saya hari ini. Sampai lah ke awal tahun depan - awal tahun depan hanya tinggal beberapa hari. Cuti kali ini bukan untuk apa-apa atau ke mana mana. Hanya untuk cukup syarat mengurangkan sikit jumlah cuti yang terkumpul sebanyak 111 hari. Di department suami, dia yang paling banyak cuti terkumpul- kumpul untuk cuti naik haji ke? hehe. inshaAllah. Cita-cita untuk ke sana mesti sentiasa ada dalam senarai angan-angan.

Leily! - anda balas dendam ye.

Hehe.

Give away tag dari Puan Leily yang comel. Muka Leily ada iras-iras kawan saya kat sini. :)


Mama kembar tiga?
SubhanAllah. Alhamdulillah. Baru nak mengodek-godek blog mama kembar 3. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6! Semoga perkahwinan yang terbina tertulis ke akhir hayat anda.. dilimpahi kebahagian dan keredhaan dariNya... Ameen.

 
Hadiah Pertama:

Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:

Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel
Hadiah-hadiah lumayan bukan?
Murah rezeki mama kembar3.  :)

Upacara mengenakan mengtag orang.. hehe..

1. kak janna! - cuti anda sudah tamat!
2. kak yan - jom mana tau rezeki kita dapat victoria secret! :P
3. NM03 - kot-kot dapat hadiah anniversary untuk awak pula, hari tu utk orang kali ni rezeki awak, mana tau kan kan kan? :)

Minyak wangi- Boleh tak kita sembur wangian di blog ni? Sedap sikit bila anda melawat saya kan ? :)

Nota Kaki: antara wangian yang terbaik adalah dari mulut orang yang ikhlas dan berkata benar.

4 comments

aanie said...

good luck!!

Lyna Shaari said...

goood luckk! :)

Janna Wan Muhammad said...

alaaa..kena buat jugak ker?

Mama Kembar 3 said...

Salam. Thanks sbb sudi join & good luck!