Projek suami isteri di belakang rumah.


Tajuk entri yang tak tahan tu, sungguh berunsurkan sembang dewasa. Jangan begitu. Tidaklah pasangan yang sedang meniti tua ni kemaruk sangat :) hee...

Rupanya di belakang rumah saya, tempat burung-burung yang cantik-cantik lepak. Antara gambar burung yang kami dapat ambil dengan 'jayanya'. Yang lain tak sempat nak snap dah terlepas. Jinak-jinak burung.

Kami duduk-duduk selepas penat mengemas kawasan luar rumah - sambil menikmati bunyi kicauan burung.

Indah. Untuk hari ini - Alhamdulillah. Rezeki dapat duduk bersama orang yang saya sayangi. Bukan semua orang dapat buat begitu hari ini.

Nota kaki : Allah S.W.T menunjukkan kasih sayang melalui keindahan permandangan di hadapan mata kita. Terserah kita nak melihat yang cantik ataupun sebaliknya.

Nota kaki2 : Gambar ni dari jarak jauh (terima kasih DSLR), tapi setelah diedit dan dicrop, dapat dilihat dengan lebih jelas.

1 comment

Sophea Munira said...

Nikon memang best,hihihi.