Resepi buat teman - Sesuatu yang manis untuk dikongsikan bersama :)


Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
4 oz Mentega (tanpa garam)
1 cawan gula
1 sudu teh perasa vanilla
3/4 cawan susu 
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Cara membuat:

1. Setkan kepanasan oven kepada 175 darjah celcius. Aturkan cawan-cawan cuppies di atas tray dan biarkan di tepi.

2. Campurkan tepung, dan serbuk penaik serta garam dan "sift" kan bahan-bahan tersebut (percayalah, saya sakit kepala memikirkan apa itu sift dalam bahasa melayu - sebab saya ambil resepi ni dari buku yang berbahasa inggeris)

3. Pukul mentega dan gula sampai kembang (putih).

4. Masukkan telur satu persatu.

5. Masukkan perisa vanilla.

6. Masukkan susu dan campuran bahan kering tadi secara berselang seli sehingga habis. Dimulakan dan diakhiri dengan campuran kering. 

7. Masukkan ke dalam cawan 3/4 penuh.

8. Bakar selama 20 minit.

Siap dan bolehlah anda deko kek cawan ni mengikut kreativiti anda. Saya tidak letakkan buttercream pada kek ni cuma letakkan sprinkle love tu sedikit agar tidak nampak kosong.

Nota kaki : 1 cawan gula yang digunakan di sini memang agak manis. Kalau rasa nak letak buttercream di atas kek cawan ini, saya mengesyorkan gula dikurangkan. Kerana ia akan menjadikan kek cawan anda sangat manis. 

Nota kaki 2 : Kurangkan gula pada makanan. Tambahkan manis dalam senyuman :)

No comments