Semak Projek 200




Tiada yang luar biasa. Cuma nak berkongsi. Saya baru selesai menghabiskan projek 200. 200 biji kek cawan untuk majlis perkahwinan seseorang (yang tidak dikenali).

Penat yang luar biasa.

Rasa macam nak pengsan. Tapi mujur, sempat membuat rutin harian seperti biasa. Walaupun kesuntukan Jumaat. Anak-anak yang menagih perhatian. Rumah saya macam pasar borong.

Saya? Macam lipas kudung. Sekejap ke dapur, sekejap mandikan lia, sekejap potong bawang, sekejap tengok kek. Oh kak Janna. Saya tabik spring pada Akak.

Tapi yang menariknya!

Saya sangat gembira dan rasa diri ini berguna hari ini!

Sekian , dan selamat malam semua!

6 comments

Kujie said...

inilah susahnya pompuan
nengok kek mcm ni dah mengidam..
adeih...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

wow.. cayalah..
pssttt.. kongsi resepi ur cupcakes bleh???
hihihii

Effa | Mama FZ said...

ai kak jie.. kt semenanjung lagi sedap2 hehehe...

Effa | Mama FZ said...

boleh-boleh. np leily... insyallah nanti saya buat entry resepi cuppies.. hehee

Janna Wan Muhammad said...

wah..! ai pon tabik spring kat you Fa! akak pon,kalau sensorang macam effa...konfirm bengkok...malam kang konfirm moody jer...hahahaha...

Effa | Mama FZ said...

akak memang susah nak menerima pujian!

berpuluhan kek sokmo, akak masih larat... huhuhu...

tapi yang penting kita gembira dengan pencapaian diri kita..

betul tak kak? :)