Tagal - Kampung Luanti : HeroIN dan Heroin

Kakak dan adik tunggu Mama, papa dan Nenek gilir-gilir ke tandas.

Ikan Kelah Besar-besar

Kaki saya kurang sambutan. Mungkin busuk, Mungkin sudah tak ada "makanan" untuk ikan-ikan itu. :)


Si Kakak takut sangat. sampai tak nak turunkan kaki ke air pun.

Anak mama yang bungsu ni juga yang berani.


Tengok...

dan ini...


Adik............

Sudah banyak kali juga kali turun naik Kundasang dan Ranau. Tapi inilah kali pertama kami ke Kampung Luanti - Tagal. Saya masih mencari maksud sebenar perkataan 'tagal'. Dari enjin pencari, lain yang saya cari lain yang saya dapat. Tak apa. Kalau saya berjaya menemui maksud perkataan itu, saya akan kongsi di sini.

Sungai tempat ikan-ikan kelah ni salah satu warisan di Sabah yang di jaga dan di komersial kan di jadikan kawasan perlancongan.

Memang bersih. Ikan-ikan nya juga jinak-jinak.

Kalau ke sabah sila-silalah datang ke sini. Atau mungkin ada orang sabah yang tak pernah jejak ke mari.

Nota Kaki : Ada yuran masuk untuk ke sungai ini. siap ada pembesar suara untuk memberitahu kita masa melawat akan habis setiap penggunjung hanya diberi sekian tempoh masa. bila masa kita dah tamat, giliran orang lain pula. mungkin ini adalah satu langkah untuk menjaga ke'suci'an sungai ini... :)
...bersambung...

No comments