Tolong ... Saya nak muntah!

Dari jauh saja ye. Nanti naik muntah pula anda lihat. Ini bukan gambar hiasan. Gambar dari kejadian sebenar.

Ok. Sila berwaspada dengan bahasa saya pada entri ni. Pernah tak korang bercuti atau berjalan-jalan ke tempat awam dan rasa tidak selesa dengan kehadiran seorang - dua orang ?

Saya dan keluarga bercuti di Poring Hot Spring. Memang ramai sangat orang dan pelancong di sana. Orang putih, orang hitam, orang korea, orang jepun, orang tempatan, orang luar, orang utan eh .. hehe

Ramai orang tentu kita dapat lihat pelbagai ragam. Kolam air panas di sana agak terhad. Jadi kita kena tunggu giliran, banyak bersabar. Tolong bersabar.

Kami tunggu di satu bangku berhadapan dengan kolam air panas. Mula-mula tu seorang perempuan cina (tipikal, berkuku panjang dan bercat, berambut blonde, berpakaian moden) sedang mencuci kolam di hadapan kami, terus mengisi air panas untuk dirinya (gamaknya).

Tiba-tiba datang kawan-kawannya. Oh nampak memang macam dia juga (tipikal yang saya mention d atas). Saya terdengar (tempat tu dekat-dekat), mereka berbual - ALAMAK. Bahasa melayu kedayan pula! Bahasa saya. Aik, bukan cina.

Hm. tak per. Tak kisah tentang tu. Kemudian mereka ke bilik persalinan. Tapi yang amoi tadi tak mandi dan tak tukar pakaian. Tapi yang amoi celup tu datang bersama boifren cina dengan pakaian (mashallah) saya terus menjeling jeling pada suami.

Huhu. Nada cemburu?

Bukan!

Saya bukan cemburu, cover line harus, saya rasa kurang selesa dengan kehadiran amoi celup dengan boifren cinanya.

Saya berpakaian biasa, makcik sebelah tu dengan anak-anaknya pun berpakaian biasa. Orang putih pun tak seseksa dia. orang korea pun ada tertib lagi. Hm.

Malu.

Saya yang malu.

Nota kaki : Tolong lah, kalau nak berpakaian macam tu, silalah pastikan orang-orang lain pun sama seperti anda, kalau tidak ia bakal membuatkan orang lain kurang selesa, dan hmmm awak selesa ke bila orang lain cuba mengelak pandang selulit di perut anda tu ?

4 comments

NM02 said...

saya selesa bila en. suami hanya memakai tuala di depan saya.. hikhikhik... jgn maree... gurau semata.

Effa | Mama FZ said...

nm - hahaha.. suami tak per.. tak pakai ape2 pun tak pe...

meowww.... eh.. nak wat sore harimau kuar sore kucing... :P

nonie said...

hai norf.. lama tak menjengah ke sini, sukanya gambar norf sefamily kat depan ladang lembu tu... ala, awat halus sangat gambar amoi tu, tak nampak la plak selulitnya huhuh...

Effa | Mama FZ said...

nonie- kang ada yang kena saman.. maklumlah, dia punya boifren tu nampak macam umpan besar (orang kaya) .. hahahaha...

mana tau kan... demi c perut berselulit tercinta dia saman saya.. heheheh