P365 Day 1 :- Bunga Api dan Harapan 2011


Januari datang lagi. Bermakna, bertambah angka pada tahun masihi. 2011.

Kami stay di Hotel untuk malam tadi. Ambil masa dan duit sikit untuk spend masa dengan keluarga. Nak bawa anak-anak tengok bunga api maknya sebenarnya yang teruja! hehe.

Kami turun hotel dalam jam 11.45 dan terus ke dataran waterfront untuk tunggu bunga api. Anak-anak teruja. takut!

Enjoy the pictures..!







Melihat bunga-bunga api berguguran dengan bunyi-bunyian nya merasa teruja untuk tahu apa ada di hadapan saya untuk tahun 2011 ini.

Menyambut tahun baru bersama si dia suami , anak-anak dan mak saya, saya sempat merasa terharu dan bersyukur. Ya Allah, Kau berikan kesempatan bersama-sama mereka pada malam ini... Alhamdulillah! Bisik hati saya. Lalu, saya menghampiri anak-anak mencium mereka dan memegang tangan suami saya. Erat. Dia menjeling dan tersenyum. Saya tahu dia faham apa yang saya cuba sampaikan.

Untuk apa yang Allah beri hari ini, belum tentu kita akan temui esok. Setiap detik itu berlalu bersama kenangan. Ini adalah tahun kedua berturut-turut kami sekeluarga menyambut tahun baru bersama Pakcik dan Makcik saya dari Brunei.

Tahun-tahun sebelum ini? Bersama keluarga kakak lin. :)

New Year 2011 akan menjadi kenangan.

Ini 'atuk darling' Nana. She really loves her atuk.

Takut tengok bunga api, berkepit dengan atuk.

Ramaikan orang ?

Alia pun dah mgantuk. Lentok di dada papa.

Oklah Alia, masa untuk balik bilik.


Nota Kaki - 2.1.11
1. Saya dah join project 365. Aci lah ye, saya jadikan entri dan gambar-gambar ini dalam project saya juga.

2. Selepas ini tak boleh nak ponteng blogging ..

7 comments

Yan said...

Seronoknya jenjalan malam tahun baru ye..

Effa | Mama FZ said...

ye kak yan... :) seronok jugalah.. hehhehe

mr_mrs mikko said...

bestnyaaa stay sana tawn baru.
kalo jalan dr umah,
knfirm dpt tgkl dr jln raya ja..
sbb jammed.
huhu

Effa Sahat said...

itu la pasal kami urang tinggal d sana.. kalau tidak kompon penat...

ZZnoor said...

best best tgk bunga api!!!

Effa Sahat said...

best.. maknya yg lebih teruja...

Effa Sahat said...

best.. maknya yg lebih teruja...