P:365 Day 3 :- Kali pertama ...





Semua berjalan lancar pagi ini. Alhamdulillah. Bangun dari lena, saya terus solat subuh dan turun ke bawah, menyediakan chipsmore untuk bekalan nana ke sekolah, air sirap di tumble pink yang baru beli khas untuk ke sekolah.

Saya hampir terlupa. Saya belum melabel barang-barang nana. Takut nanti nana terambil barang orang. Terus saya melabel setiap pensel dan perkakas ke sekolah nana.

Sambil itu, hati saya rasa sangat sayu.

Agaknya inilah yang ibu saya rasa semasa saya pertama kali ke sekolah, pertama kali keluar dari rumah untuk tinggal di Sekolah berasrama penuh (13 tahun), pertama kali saya keluar Labuan untuk ke Kolej (18 tahun) dan ketika akad dilafazkan oleh suami saya ketika pernikahan saya.

Adui. Saya macam tak mahu berpisah. Walaupun sekolah nana hanya 5 minit perjalanan dengan kenderaan.

Macam mana agaknya dia nanti di sana tanpa pengawasan saya ?

I must have faith on her. I must have faith on her. Melekatkan kata-kata itu di hati. Dalam perut pun terasa ada kupu-kupu. Senak.

Sebak.

Selamat menghadapi hari-hari mendatang sayang. Doa mama sentiasa bersama mu...

Nota Kaki : Nana tak menangis. nana releks saja. Alhamdulillah. Dia tak memberatkan perasaan saya ketika meninggalkan dia di sekolah tadi.

10 comments

Yan said...

Hee.. laak lah Effa ni.. Dia g sekolah je tu... INYSALLAH ok je tu..

Effa Sahat said...

the problem with housewife yang takde sesiapa selain dia (anak2) dan rutin d rumah. sunyi gak kak yan.

hari ni... tertinggal tumble dan tapau makanan... oh ye.. pembaris pun takde...

Kujie said...

hehehe...semua ibubapa rasa macam tu, kita tak yakin dia boleh uruskan diri sebab selama ini kita yang uruskan dia.

tapi anak2 zaman sekarang - kejap saja boleh sesuaikan diri

Effa Sahat said...

betul kak jie. budak2 sekarang lebih cepat berbanding dulu2. hari pertama saya agak kekok. insyallah, anak kedua nanti.. releks je. hehe

Effa Sahat said...

betul kak jie. budak2 sekarang lebih cepat berbanding dulu2. hari pertama saya agak kekok. insyallah, anak kedua nanti.. releks je. hehe

NM02 said...

selamat masuk alam persekolahan buat nana. be a gud gurl ok...

azieazah said...

Tahniah kerana EFFA dapat uruskan anak ke sekolah yg pertama kali, wpun mungkin ada rasa lebih risau dari si anak yg teruja tu.

Elok gak label barangan sekolah anak. Kak Azie dulu pun macam tu gak.

Effa Sahat said...

Terima kasih NM.. :)

Terima kasih Kak AA, menjaga anak dan mendidik anak-anak -macam senang je tengok mak-mak dan orang lain buat. tapi sendiri buat.. hehehe.. tak susah, tapi perlu buat.

~anna ~ said...

touching pulak baca entru effa utk yg nih.... tetiba je teringat kat Khalishat rumah,.. ahahah.. padahal kat rumah dgn nekma n bibik dia jer....

Effa Sahat said...

hehehe.. hati mak kan na..mmg macam tu... mudah tersentuh dengan perkara2 kecil...