P 365 : Day 19 :- "aku suka singkong, kau suka keju"


I've been married to him since 2003. Back then, tak ada kamera digital. Sedih ye. Tak ada kenangan dalam bentuk digital. Semula gambar-gambar kahwin dalam filem warna cokelet tu. 

Kenal 'dia' semenjak 2002. Perkenalan singkat. Kerana jodoh, kami diijabkabulkan setahun kemudian. Alhamdulillah. 

Tahun pertama perkahwinan - kami argue banyak perkara. Kami adalah sangat berbeza. Bukan saja dari segi jantina, dan ketinggian - saya baru 150cm (baru- mana tau boleh tinggi lagi hehe), dia suda 181cm. Dia seorang yang pendiam, saya seorang yang kecoh dan buat bising. Dia seorang yang protokol, saya? Selamba badak!

Apa yang dia mahu, saya berubah menjadi lebih 'ayu dan bersopan santun'. Maksudnya bila bercerita dengan kaum adam saya lebih control. Sangat susah. Hmmm. 

Tentang dia? saya cinta segalanya tentang dia. 

Macam mana ya ? Macam mana lagi. Saya sudah jadi isteri dia. Kata 'suri' di hati kan? Sudah tentu saya cuba untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik. 

Cuma depan dia tak la saya control. Depan dia saya boleh dan dialu-alukan untuk jadi diri sendiri. 

Tapi ada ketika, saya tak faham dia, dia tak faham saya. 

Tak apa.

Setakat ini, kalau kami berperang dingin, paling lama .... 8 jam. Langkah terbaik adalah ... DIAM.

Selepas itu, semua akan berakhir dengan senyuman dan ucapan alu-aluan (minta maaf dan segalanya). Yang best dia akan nyanyi selepas tu...

"aku suka singkong, kau suka keju"

Ye. saya menang suka pizza! :)




9 comments

NuRuL FaTiN BtE MoHd uSSdEk... said...

hahaha...nice...sweet...life is good if we make it good..hehehe...

norh said...

tiap insan berbeza :)

Effa Sahat said...

atin -

life is about choices. If u choice to be happy, so be it!


Norh -

Ya. Sangat. Kadang ada pro. Tapi banyak cons. Setakat ini masih selamat sbab cinta mengatasi segalanya. huhuhu.

azieazah said...

EFFA, pendapat peribadi Kak Azie (nak ikut atau tak, terpulang).

5 tahun pertama kahwin, akan diduga dengan perbezaan itu lah, tapi itulah kekuatannya. Bila lepasi 5 tahun, kita akan semakin yakin yg kita boleh hadapi perbezaan itu.

10 tahun, diduga lagi dgn pelbagai karenah wpun mungkin sudah sebati.

15 tahun diduga lagi wpun sudah establish..

Jika lepasi 3 fasa ini, Effa akan nikmati perbezaan itu adalah suatu ikatan yang sangat indah, perbezaan itulah yang manisnya.

Jika sama semuanya, di mana manisnya?

Effa Sahat said...

Saya rasa nak buat satu entri tentang tahun-tahun perkahwinan ini. saya nak share something yang saya rasa terpanggil untuk dikongsikan.

kak.. yang saya pasti, perkahwinan bukan 'fairy tale' - happily ever after. I smell trouble always just behind the corner, while love is in the air ...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

saya suka sphagetti.. =)

sy dlu ngan asben gitu gop, dkt2 nk kawen rase cam tak serasi la..
pdhal we ols kenal n kawan over thn 5 yrs baru kawen!!! hukhukhuk.. ye la, pas kawen manyak lg tanggungjawab.. takley manja2 slalu.. ;-/

Daddy Ziyyad said...

Perbezaan pendapat itu adalah nikmat perkahwinan. Kalau semuanya sama sahaja, boring kehidupan..:)

Saya suka dengar rentak lagu dan lirik lagu Kekanda Adinda nyayian monoloque & atilia tu...cuba fahami liriknya..sesuai utk kita layari rumahntangga..

masz said...

allah mmg takdirkan stp pasangannya berbeza...cthnya
kalo sorg penyabar..sorg lg tntu panas orgnya..
kalo dua2 panas ...cmnela agaknya rumahtangga..:D

apa2 pon aku stuju dgn effa.DIAM adalah 1 jln terbaik juga..byk ckp..byk juga sakit atinya..bile dh reda..baru bole bw bebincang..:)

Ribbon Clown said...

salam effa, lagu singkong keju tu satu hari suntuk dalam kepala saya.. pastu bila bukak ur blog, ade plk entry title yg same hahaha

BTW, those differences between u guys will absolutely complement ur way of life and each other :D