P 365 : Day 20 :- Kahwin Muda

Sila abaikan persekitaran rumah yang kelam kabut :)
Progress Projek 365 - Sudah masuk hari ke 20. Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita melangkah di tahun 2011. 

-
Kisah Resah.
Saya ada cerita yang nak dikongsikan. Menerima panggilan dari sipulan semalam. Sipulan adalah seorang keluarga terdekat dan agak rapat dengan saya. 
Terkejut mendengar cerita yang dia bakal menjadi pengantin baru dalam usia yang begitu muda. Ya saya faham, usia bukan penghalang. Malah orang dulu-dulu pun mengamalkan kahwin muda.

Saya sendiri kawin pada usia 22 tahun.

Dan sipulan pun tahun ni lebih kurang sama dengan usia saya ketika kahwin dulu. 

Tapi yang menjadikan saya agak kecewa ialah saya berharap dia berfikir lebih mendalam atas keputusan yang diambilnya. Perkahwinan bukan satu percaturan yang kita dah rancang untuk menang- saya tahu. Tapi perkahwinan bukan lah jalam penyelesaian masalah. 

Takut-takut lebih banyak masalah menyusul kelak.

Nauzubillah.

Bukan saya menakutkan kepada budak-budak muda yang 'teringin' nak kahwin. Kepada yang dah cukup peralatan pelayaran yang panjang, mengharung lautan yang luas tidak bertepi, ombak besar, alun, guruh petir... SILAKAN. Berkahwinlah anda. Kahwin itu antara syurga kehidupan. Dalam syurga itu penuh pelangi dan halilintar.. 

Tapi untuk Sipulan; saya berpendapat, dia terlalu naif untuk menghadapi segala yang mungkin. Saya sayang pada nya. Siapkan dulu diri dan carilah pasangan yang baik untuk memimpin kita kelak. 

Saya bukan alim. Dan bukan berasal dari keluarga yang mengamalkan agama islam dengan kuat. Melalui perjalanan kehidupan merantau sebagai pelajar dulu, membuka mata saya. "kalau saya akan berkahwin, saya mesti cari orang yang dapat pandu hidup saya sebagai seorang islam dengan baik". Saya bertekad.

Saya amat faham jiwa muda. Jiwa yang kosong macam tin kosong. Pantang digendang, bunyinya bukan kepalang. Mengalahkan tin yang berisi. Separuh hati "kahwinlah, nanti rasa lah sendiri pahit naungnya". Separuh lagi "janganlah dulu, carilah yang islam dan sekurang-kurangnya berkerja kerana kata-kata cinta tidak dapat mengisi jiwa yang rindu pada Allah, tidak dapat mengisi perut yang lapar dan tekak yang dahaga."
Sekarang kamu faham kenapa saya resah ? :)

 

Nota Kaki:

1. Alia macam bersiap pakai helmet nak ikut papa ke pejabat. Hehe.
2. Biar resah, tapi senyuman sentiasa di bibir. Hati pula sentiasa berdoa agar Allah sediakan jalan yang terbaik untuk diri, keluarga dan keturunan saya. Amin.

5 comments

azieazah said...

Pada Kak Azie pun, umur 22 tetap masih muda dan mentah utk berkahwin wpun ada ruang utk mereka belajar dan menyiapkan diri.

Tapi sebaiknya biarlah bersedia lebih awal dan menilai lebih dalam sebeum bernikah di usia terlalu muda.

Effa Sahat said...

betul kak AA.
itu yang sy cuba sampaikan padanya. berceramah dan bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Ketam itu mengajar agar keturunan selepasnya akan menjadi lebih baik dari dirinya. Tak gitu ?

Yan said...

Too young. Banyak benda boleh buat. Akak sendiri kawin at the age of 27. Kira2 matang lah konon..

azieazah said...

Maaf nak tambah sikit.
Ada pro kontra tentang kahwin muda. Bagi setengah orang boleh menerima dgn menutup mata pada beberapa perkara yg mudah mereka handle.

Ada orang tak boleh.

Berdasarkan pengalaman Kak Azie, kahwin pada usia 21 (lagi muda dari Effa) kerana pada masa itu, My TOKLAKI sudah berumur 26 tahun, ada kerja tetap (gomen). Dan dia lebih sayang saya (lebih dari saya terhadap dia ketika itu).

Tapi ruang belajar dan menyediakan diri bertambah bersama usia dan masa. Yang penting, adalah menyediakan diri menghadapi cabaran yang tidak kita duga, sbb kahwin bukan boleh test-test... Semuanya real.

Apapun, sekarang Kak Azie tetap berpendapat biarlah anak2 kahwin selepas tamat belajar dan sekurang2 setahun dua bekerja.

Effa Sahat said...

Ye kak yan. mmg muda sangat.

kak AA n Kak Yan.

saya ni pun kawin 22 tahun. terasa macam "eh betul ke aku nak kawin?" and cik abang yg meminang ni, takde la saya cintan sangat (abis kalau dia baca. haha) tapi dia sayang saya, hormat org tua, cukup bersedia utk berumah tangga dan pekerjaan tetap (kerajaan).

ini pun dah anak 2, saya masih rasa "awalnya aku kawin".

:P