P 365 : Day 25 :- Kembali Sendiri


Akhirnya percutian bersama keluarga mertua berakhir hari ini. Mak, abah, adik ipar dan biras saya balik ke semenanjung semula hari ini. Pendeknya masa. Tak puas lagi bermanja dengan Mak. Terasa sunyi pula di rumah ni.

Tapi merasa juga la Rendang dan sambal kerang mak! Berselera sungguh kami makan masa mak sampai malam tu. Walhal masa tu dah jan 11 malam. Ke laut lah diet saya dan suami.

Suami sekarang dah mula guna "neck support". Katanya sekarang dah mula rasa kurang selesa. Mula-mula tu dia tak nak pakai. Sekarang terasa dah keperluan untuk guna "neck support". Mudah-mudahan dia cepat sembuh.

Nota Kaki : - Gambar Air Asia di atas je saya sempat snap. Sebab anak-anak dah kepenatan.  Mak mertua pergi dan balik ke KL dengan FireFly :)

5 comments

azieazah said...

Penat tapi puas. Hubungan keluarga sampai bila pun tak habis-habis. Borak makan, gebang usik sakat... Bestttt!

Effa Sahat said...

menitik juga air mata masa salam dan peluk Mak. ;)

Alida Ali said...

Sabar ye effa tak jauh pun nak blk semanjung...airasia selalu je bt promosi...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

effa, meh blk semenanjung plak...
ekekeke, leh kenal2 gak.. =)

Effa Sahat said...

alida -
tu mak mertua punya aura. mak sendiri punya aura pun lebih kurang la. tp tu lah, kita dok sini sendiri-sendiri kan, bila ada orang tua2 di rumah, terasa meriah. insyallah, raya tahun ni kami pulang ke semenanjung...

Leily -
teringin gak nak ke pantai timur ni. tak penah jejak pahang, terengganu n kelantan lagi. yang lain dah abis sesi jelajah.. tungguuuu.... :))