P 365 : Day 26 :- Faham Bakat

Akak Fairy sedang memperkenalkan diri :) Akak Fairy ni cute . I like.


Bendahari, Penasihat dan Pengerusi.

Sebagai isteri tentera, saya tak terlepas dari menjalankan tanggungjawab saya untuk menyertai Bakat :). Alhamdulillah, suami saya tidak berhalangan untuk beri saya keizinan. Bukan untuk 'naik pangkat', tapi saya rasa ini adalah satu sumbangan saya kepada satu komuniti. 

Tahun lalu, saya menjadi AJK Kebajikan. 'Mengambiltahu' serba sedikit masalah orang dan kesusahan orang, adalah satu daripada tugas saya. Alhamdulillah, saya sudah habis 'seksa'. Hehe. But it was fun. I enjoy co-operate with the team.

Ramai beranggapan sinis pada persatuan atau badan (mana-mana badan pun lah). Konon, untuk 'kabel' besar atau dapat 'spotlight'. Terpulang pada masing-masing. Pada niat dalam hati tu. Kalau kita turut serta untuk kepentingan bersama, saya rasa itu tidak menjadi isu. Apa yang penting adalah 'niat'. 

Komitmen. Kerjasama. Dan yang paling penting, 'F.A.H.A.M'. Faham yang ini adalah satu badan yang 'sepatutnya' membantu. Faham yang peranan masing-masing. Faham masalah atau komitmen orang lain. Bila ada 'faham', baru kita boleh berkomuniti dengan baik :)


Nota kaki:
Masa bujang-bujang ala-ala muda remaja, dah berjinak-jinak dengan Puteri Umno. Tapi sepenggal saja, terus saya dilamar dek suami untuk jadi 'suri'. Ketua Puteri Umno cawangan Hijau Baiduri :)



8 comments

mr_mrs mikko said...

bagus jg kan join aktvt mcm ni...
;)

Anonymous said...

ini satu lg terapi yer..hehhe..
-Asrin-

Effa Sahat said...

mrs mikko -

yup. sy suka. macam social group. berkenalan dengan kawan-kawan. hidup dalam satu komuniti, bukan dpt nak beramas mesra hari2, jadi masa-masa macam ni la masanya.. :)

Asrin -
Yea betul my friend. ini therapy juga sebab dapat jumpa kawan2, bercerita, gelak2, happy2. awet muda :))

ayin masliza said...

salam effa.. membalas kunjungan... heheh... dan memfollow sini... :)

ayin masliza said...

salam effa.. membalas kunjungan... heheh... dan memfollow sini... :)

Effa Sahat said...

salam ayin.
hehe. terima kasih. takde istilah i follow u, u follow me back kt sini tau.. hehhe...

tp mmg follow ayin, sbb suka baca ttg info-info dlm blog ayin. :)

mrs_zura said...

bakat ni utk wife tentera ke eh?

Effa Sahat said...

ye zura, untuk military's wifey. ada 3 cabang ; army, navy dan air force. :)