P365 : Day 10 :- Terapi Minda


Hari yang ke 10 dalam 2011. Kehidupan hari ini seperti biasa. Setiap hari pasti ada cabaran untuk saya menulis entri projek 365 ni. Malam ni, anak dara kecil kesunyian ; sebab kakaknya sudah mula kelas malam mulai malam ini. Hanya 1 setengah jam. 


Mudah-mudahan tidak memudaratkan keseronokan dia untuk menimba ilmu. Saya bukan mahu dia belajar 24 jam. Kelas malam ni, lebih kepada sesi pembelajaran tidak formal bersama kawan-kawan sekitar taman.


Kalau untuk 2011 , saya ada projek 365 untuk alam maya, di alam realiti saya pun saya ada projek (tapi saya tak pasti sampai bila projek ni akan bertahan). Mudah-mudahan saya lebih cekal dan istiqamah. Cekal dan istiqamah perlu latihan. Betul ? :)


Projek untuk menjadikan laman pintu rumah saya satu taman mini.  Tidak besar kawasannya. Saya tak pandai meng-agak keluasan dari segi meter mahupun kaki. Cukup besar, tak terlalu besar. Itu saja pembayang yang saya ada. 


Permulaan ni, saya beli batu-batu sederhana besar dan kecil. Saya susun-susun untuk dijadikan laluan berjalan kaki untuk refleksologi. Tapi rasanya batu saya tidak mencukupi. Nampaknya kena keluar modal lagi. Senyum sengih pada suami =.=


Saya sedang mencuba satu kaedah terapi untuk diri sendiri. Menulis blog dan berkebun bunga. Saya cuba untuk mencari kaedah terbaik untuk jadikan kehidupan saya lebih ceria dan terisi. Di samping dengan tugas sebagai surirumah dan mama yang tidak berpenghujung ini, saya perlukan satu ruang untuk pengisian jiwa. 


Inilah yang saya pilih. Menulis blog dan berkebun bunga. Semoga tahun ini LEBIH CERIA DAN BAHAGIA!


~

"The HAPPIEST people DO NOT necessarily have the 'BEST' THINGS. They simply APPRECIATE the things they have." by Warren Buffett
 
 
~

No comments