P365 : Day 11 :- Alia dan Mee segera



Day 11 : Hari yang ke 11. Pagi-pagi sudah huru hara dengan anak-anak. Hantar Nana ke sekolah dan teruskan kehidupan bersama Alia terchinta. 


Biasalah anak dara saya yang cilik seorang ni, pagi-pagi takkan lengkap hanya setakat kuih atau susu. Mesti nak sesuatu yang berat. Baiklah anak, Mama buat Indo Mee untuk mu (sangat baik ya kamu mama, mee segera sebagai sarapan) - Sila jangan tiru. Segala kesulitan amat dikesali.

:)


The best part Of Alia is

SHE IS NOT A PICKER. Dia tak cerewet untuk penyediaan makanan untuknya. Sangat mudah. Suap lah apa-apa, sedialah apa pun pasti dia akan makan dengan senang hati.


Dan.

Dia sangat mesra kamera. Pantang saya atau sesiapa pun hala kamera atau handphone di depannya, dia pasti cuba untuk senyum atau lihat dengan mata yang sangat ikhlas.



Comot dan sempurna! Itu lah Alia saya! :)

Nota kaki : Tapi bila Alia saya menjerit satu blok kawasan rumah ni pasti dengar ( saya rasa ) Harap tidak! :)
Kelemahan saya adalah ketika Alia panggil saya " mamaaaa...." Terus saya akan senyum, walaupun sedang marah padanya.


6 comments

azieazah said...

Makanan segera sangat tidak elok utk pembesaran anak-anak sekecil ALIA ini. Jangan diamalkan selalu.

Cuba sediakan roti, sandwich...
Jika EFFA ada lebih masa, prepare di malam hari rencah utk goreng nasi..

atau buat sardin utk roti..

Ada banyak pilihan yg mudah.

Effa Sahat said...

Yer kak ... saya masak indo mee sesekali *tidak boleh diterima alasan ini!* ngeee...

will try NOT to do it often.

:)

Alida Ali said...

Alala comeinya alia mkn indo mee..babap mama kan bg alia mkn mee segera...

Effa Sahat said...

tujuan sebenar utk mama sebenarnya.. tp alia nampak.. kurang bahagian mama.. huhuhu :P

al-lavendari said...

keluarga yang bahagia .. !

terjumpa melalui blogwalking.

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

bulih geng ngan kak Alya..
die pun shuke mee maggi.. hari- hari mauuuuu!!
tp mak salu sorok tanak bg nampak.. heheheh