P365 : Day 14 :- Tentang Sahabat


Meluangkan sedikit masa dengan sahabat-sahabat sebentar tadi pagi. Lepas hantar Nana ke sekolah, terus ke rumah Cikgu Yati. Memang dah berjanji kelmarinnya. Dah lama tak hangout dengan sahabat-sahabat saya ni. Komitmen keluarga membuatkan saya terlupa sejenak untuk bergaul mesti. Not good.


Saya baru mengenal hati budinya. Orangnya sangat Happy-Go-Lucky. Kalau rasa gundah gulana atau berperang dengan masalah dalaman - ha.. inilah orangnya yang anda perlu cari dan pergi. Memang habis keluar anak perut kalau bercerita dengan dia. Penuh hilai ketawa. Memang hilang segala sedih. Sedih pun takut nak dekat dengan mak buyung seorang ni. =)

 Yati dah ... dah STOP KETAWA tu! Sengih lagi yea? :)



Saya berkenalan dengan Asrin sejak Januari 2010. Orangnya sangat pemalu. A good friend. Senyum memang tak lekang dari bibirnya. Sekarang ni, dia sedang ambil Master di UMS. MBA :). Mengisi masa lapang. Oh ye, dia 'acik asrin' yang anak-anak saya selalu sebut-sebut. Sebab kami selalu juga sarapan bersama - every now and then.


Siti Nurfazliyatun Yusof Bledram. Have been knowing her since like- forever. Saya dan suami pernah menyewa bilik di rumahnya ketika kami tinggal sementara di Lumut dulu. Saya terhutang budi padanya. Seorang ibu yang baik. Seorang teman yang baik. 

Inilah antara sahabat-sahabat saya. Memberi penyeri ketika saya muram, kadang, menjadi telinga ketika saya mengeluh tentang kehidupan. Mereka tidak pernah gagal untuk meminjamkan bahu ketika saya bersedih...

Dengan itu sahabat-sahabat ku ... Terima kasih daun keladi. Semoga persahabatan kita kekal abadi.



 Di hati hari ini. 
  • Yati berkata pada saya - "Ada pula idea kau untuk bercerita". Sebenarnya kamu-kamu juga antara inspirasi saya. Hidup tanpa suami, tanpa anak-anak, tanpa keluarga, tanpa sahabat, tanpa marah, masalah atau kebahagiaan - apa yang nak diceritakan ? hidup saya penuh dengan warna. Jadi saya ada macam-macam cerita untuk dikongsikan.
  •  Cikgu nana di sekolah menahan saya sebentar, untuk meminta maaf kerana memarahi Nana ketika di sekolah. Alasannya ; Nana kurang fokus, banyak main dan banyak ke tandas. Saya tidak terkejut sebab saya tahu siapa anak saya. Tapi saya akui saya rasa agak sedih pada masa yang sama, saya rasa bersyukur, kerana Cikgu tersebut 'highlight' Nana. Sekurang-kurangnya saya tahu dan ada masa untuk berbuat sesuatu. Masalahnya : apa yang saya patut buat ?
  • Buat Cikgu itu - Terima kasih atas perhatian. Sungguh dari hati saya. Saya berterima kasih. Bukan ramai cikgu begitu. Cikgu itu boleh saja buat tidak peduli pada Nana. Tapi dia benar-benar cuba untuk  menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Istimewa. Alhamdulillah.

2 comments

izazi said...

Hi effa,
Kawan mmg senang dicari tp sahabat insyaAllah akan dikenang ke akhir hayat :)

Effa Sahat said...

betul tu kak.
pilih kawan tak boleh sebab semua orang kita kena berkawan.
pilih musuh lagi tak boleh sebab tak boleh bermusuh.
pilih sahabat tu penting sangat ... kerana siapa sahabat kita mencerminkan siapa diri kita...