P365 : Day 15 :- Home Sweet Home


Hari ni, saya dan anak-anak meluangkan masa di rumah. Saya mengemas dan buat apa yang patut. Anak-anak pula - macam-macam, menonton dvd, bermain dan 'mengemas'.


Terjumpa gambar-gambar random yang terselit sana dan sini. Saya kumpul dan saya susun lekat di board dapur saya. Ada gambar nana ketika baby, ada gambar alia ada gambar anak buah di Singapura, ada gambar ketika bertunang dan ada gambar ketika saya dan suami bersuapan di majlis resepsi perkahwinan kami! Tersengih sendiri bila teringat saat-saat itu.



Tentang dapur lagi. Saya pun 'frigde magnet' collector! Yang paling saya suka ialah fridge magnet satu-satu negara atau tempat. Tapi saya lebih suka kalau fridge magnet tu di beli sendiri oleh saya atau suami. Tanda kenangan menjadi perantau sementara.


Nota Kaki :
Jangan pelik ya kalau blog saya selalu bertukar sini sana. Saya tak pandai statik. Ada saja yang saya nak ubah! :P

2 comments

Janna Wan Muhammad said...

nak jugak la FM yg ada gambar submarine tu...heheehhee

Effa Sahat said...

hehee.. si suami ambik navy france punya... the good thing about them, derang mmg byk cenderahati pelbagai barang setiap kapal .. huhu. kalau ada m;sia punya i'll keep 1 for you :))