P365 : Day 16 :- Buih-buih Kasih, Bunga-bunga Cinta.


Apa yang membuatkan sesuatu itu istimewa? 
Adakah harga? Rupa? atau keunikan - 1 dalam seribu?

Setiap orang punya 'sinopsis' tentang istimewa sendiri. Masing-masing antara kita unik dan istimewa.
Walau kita hanya umpama buih di pantai, yang datang dan pergi.


Atau bunga lalang di jalanan atau di tepian pagar...
kita istimewa. Cantik dan tidak serupa.

Kalau dilihat pada mata kasar memang 'tak pandang sebelah mata'
Tapi kalau dilihat dari 'lensa' hati dalam..

Buih di lautan dapat di lihat terang, Bunga lalang dapat dinikmati keindahannya.
Itu pada sayalah. Pada orang lain, belum tentu lagi kan.

:)

Nota kaki : hari ni pergi pasar Gaya, Pantai Tanjung Aru. Puas menembak! 

4 comments

mamawana said...

Bunga lalang di tepian pagar
dan buih ombak yg pecah
adalah cerita kehidupan yg indah

Effa Sahat said...

bunga lalang di tepi pagar, kalau dilihat seimbas, mmg tak ada orang perasan....

tapi ia adalah satu ia sangat indah kalau di amati... :)

haniz said...

Kejap je dah day 16 yea...

Effa Sahat said...

betul!
rasa macam .. uiks dah hari ke 16... then again.. bila fikir ke 2 kali, ok... 365-36 = 329 days to go! :))