P365 : Day 27 :- Stay Strong, Get Well




Sepatutnya, kami keluar lebih awal (baca: selepas zohor), tapi disebabkan suami yang sepatunya bercuti ke pejabat untuk beberapa hal penting, jadi, akhirnya kami bertolak jam 3.30 petang. Ambil kira juga masa dia nap siang akibat keletihan, buat kerja pejabat sampai lewat malam. 

okeh, bukan isu 'kuat kerja di sini'. Itu lumrah pekerjaan suami saya, cuti serupa tak cuti. :). Tak apa, itu sumber rezeki. Tolong jangan mengeluh effa!

Senarai 'to do list' :-
  • ke TM point untuk tukar set telefon cordless yang rosak dan tukar upgrade streamyx.
  • ke etiqa, urusan insuran.
  • ke Putatan (south side of kk, kami di north side), hantar ekzoz scooter SYM untuk dijual di sana.
  • ke Servay (supermarket ala-ala Giant, kalau di KK, lebih baik menyopping di Servay, lebih jimat , Lebih Hebat :P )
Akhirnya kami hanya dapat selesaikan yang pertama dan ketiga. Yang kedua tu faham-faham lah, egen-egen insuran ni, sangat sibuk mencari pelanggan yang baru berbanding melayan 'pengguna' mereka yang sudah bayar insuran ni. Masa nak mencari pelanggan "terbaek". Tapi tak per, saya faham wahai egen2.
Yang ke empat juga tidak sempat, selepas selesai ke Putatan, kami segera ke surau Airport KK, untuk bersolat maghrib. Selepas solat tu, tiba-tiba suami sakit perut, cirit birit, pedih ulu hati. Alahai. Terus kami cari makan. Akhirnya tempat terdekat yang kami ternampak "Hotel Yaho".

Boleh tahan juga makan di sini. Harga bilik-bilik hotel pun berpatutan. Mungkin faktor lokasi yang agak jauh dari pusat bandar (kalau naik kereta dekat la). Makanan pun sedap-sedap. Kami order Nasi Goreng Kampung dan Kuew Tiaw Goreng. Satay pun order tapi memang sekejap sudah dizas oleh alia. Tak sempat nak ambil gambar :)

On the way balik ke Sepangar, saya terpaksa be strong, sebab suami dah tak tahan. Saya memandu sampai ke rumah. Saya sangat cuak sebenarnya. Visibility saya pada  malam hari agak kurang, memandu iswara yang tidak ada power stering dan masih trauma kejadian 6 hari lalu. Alhamdulillah. Selamat sampai.

Sometimes, a woman must stay strong for his man. Get well soon dear!

Nota Kaki :-

Kepada yang berminat untuk cuba tinggal di Hotel Yaho.
Ini iklan percuma ; kerana Pekerja-pekerja restoran dan hotel yang baik banget melayan kami di sana. Recommended.

*peringatan: Ini bukan hotel 5 bintang.

5 comments

nanazack said...

aku pun tgh sakit perut sjk smlm...anak aku pg ni dh tunjuk tanda2 cirit birit plak...huhuhu musim kah??? sbb mggu ni mmg aku xmasak, mkn luar @ tapau je...huhuhu..

aku pun kalo org suh bwk kancil, aku pikir byk kali...sbb xde power stereng gak kan...hehehe baik xde radio dr xde power stereng...hehehehe

Effa Sahat said...

haha. kereta ini takde radio. takde power stering. hahaha...

ayin said...

musim demam la sekarang ni....sabar yer.. nanti encik abang makin sayang.... :)

Janna Wan Muhammad said...

ha..hotel ni my hubby penah menginap hari tu masa ada tournament badminton di KK..dia kata affordable dan ok lah utk hotel yg setaraf ngan dia.

Effa Sahat said...

ayin,
hehe. dah baik pun dia. dah start keje. :))

kak janna,
makanan dia superb! :)