P365 : Day 31 :- Terima Kasih Kawan-kawan

Baru cuci akuarium. Kesian si ikan 'malaikat' (nama ikan tu angel fish). Hidup dalam akuarium dah 2 minggu tak berganti air. Sekarang mereka pasti lega. :)

Hari ini sejuk dan tenang. Tiada lagi dateline apa-apa yang nak dilangsaikan. Semua sudah kembali dalam keadaan 'reset'. Suami kembali ke pejabat. Nana kembali ke sekolah. Saya kembali ke dapur.

Tapi hari ini exceptional. Saya cuti masak lagi hari ni (kecuali masak sup ayam untuk anak-anak). Ayam masak merah lebihan kenduri hari tu masih ada setapau, akak sebelah sedekat sepingan Kari Kepala Ikan dan Inoi (jiran depan rumah) bagi pula Assam Pedas. Selesai la cerita untuk makan. Makanan tersedia hari ini. Alhamdulillah.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang untuk memeriahkan majlis kecil saya tempoh hari. Kehadiran kalian amat bermakna bagi saya.

Kepada yang saya tak terjemput tu, minta maaf banyak-banyak ye. Saya pun berniat untuk buat majlis kecil-kecilan. Tak mahu beria-ia sangat. Dengan keadaan 'handbag' masih nak didokong ni, saya rasa itu saja yang mampu untuk waktu ini. Yang penting berbalik pada niat. Saya dan suami berniat untuk mengangkat tangan mensyukuri nikmat kehidupan yang masih Allah beri ini; berkongsi sedikit juadah untuk kenalan dan kawan yang terhampir. 

Nota Kaki : 
1. Pengalaman accident baru-baru ini menampar saya dan suami untuk 'bangun' dari tidur yang panjang. Betapa indahnya kehidupan walau berliku atau berduri, selagi kita masih bernyawa, selagi itu, semua perkara kita boleh ubah kepada yang LEBIH BAIK. 

2. Walaupun projek 365 saya sudah 'berlubang', saya akan tetap teruskan projek ini sampai hari yang ke 365 hari.



4 comments

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

sama² kawan.. =)
ekceli, my Alya pun de mini aquarium, last week ikan emas nya mati, skali ngan ikan 'penyedut tangki a.k.a ikan bandaran'.. huhuh, la ni tinggal ikan gupi aje lg, tgu asben blk esok, mau pi refill baru nyer ikan..

Effa Sahat said...

sama la leily.
ikan emas.. habis dah.. tinggal angel fish... dengan ikan bandaran...

haniz said...

You go girl! You can make it.. It's really is amazing when you can get to the last day!!

Effa Sahat said...

it's not that easy rupanya... keh keh keh.. seeing your 365 project like easy je... hope i can make it!