P365 Day 4 : Menjaga Anak, Bagai Menjaga Bunga Di Laman


Untuk memulakan project 365 lebih mudah jika dibandingkan untuk meneruskan. Baru hari ke 4 saya dah tak tau apa yang nak di 'tembak'. Bagus juga saya ikut serta projek ni, kalau tidak, berhabuk dan ke laut la kamera idaman saya tu.

Tidak ada apa yang menarik untuk di kongsi. Saya menjalani rutin  seperti biasa. Cuma banyak perubahan pada jadual masa Nana. Sejak dia sudah pun bersekolah, jadi rutin di rumah haruslah berubah secara total. Kalau dulu, saya tidak ganggu masa siangnya untuk bermain atau menonton, tapi sekarang semua tertakluk pada masa.

"nana... tidor!"

"nana nak main la mama"

"ok, 15 minit, nanti mama panggil, nana tidor ok?"

"ok mama..."

Mahu ajar dia menghargai dan mematuhi masa. Mengajar dia masa siang adalah aktiviti, masa malam adalah tidur dan masa bermain ada limit.

Siang saya berikan dia nap utk sejam. Kalau ada homework, saya suruh dia langsaikan siangnya juga. Supaya waktu malam, dia cepat letih dan mudah untuk tidur. Saya menjadualkan tidurnya jam 9 malam. Tepat saja buletin utama TV3 habis, saya terus tutup TV, tutup lampu kalimantan dan buka lampu tidur - netbook masih berfungsi :)

Setiap pagi, selesai saya uruskan baby besar saya (suami), dalam jam 7 dia ke pejabat, saya akan terus bersiap apa yang patut, bekal makanan Nana dan mandi. Selesai saya mandi baru saya bangunkan Nana dan Alia dan terus mandikan mereka pula. Jam 7.50 harus sudah berada dalam kereta. Nana mula kelas jam 8 pagi.

Begitulah yang saya buat 2 hari ini. Begitulah perancangan saya untuk seterusnya. Mudah-mudahan - Mudah.
Mendisplinkan anak saya rasa perlu. Cuma caranya masih dalam pencarian. Saya belum ada method terbaik untuk mendisplinkan anak. Saya sendiri masih mencari method untuk mendisplinkan diri sendiri. Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Tapi niat saya baik. Niat skema seorang ibu/mama. Ingin anaknya maju dan berjaya dunia dan akhirat.

Ada juga saya membaca buku dan blog berunsurkan 'parenting'. Tapi saya merasakan membuat dan menyampaikan dan memahami teori adalah mudah. Tapi perlaksanaannya tidak semudah itu. Dan keberhasilan juga tertakluk pada kebarangkalian dan faktor-faktor persekitaran.

Semua- Tak semestinya. Tak semestinya anak yang diajar displin akan terus berdisplin. Tak semestinya ibubapa selamba - anak tak keruan. Doa penting.

Sekali lagi.

Doa SANGAT penting.

Nota Kaki :

Menjaga anak perempuan seumpama menjaga bunga di Laman, Dijaga, dibaja dan disiram dengan kasih dan sayang. Mekar dan cantik dipandang. Sampai masa di ambil orang :) - My Mum (seorang peminat bunga kertas)

6 comments

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

bougenvilla.. =)
waah, rajin apdet blog tetiap ari laling, masuk pojek 365.. hihihihi, chaiyokk... keep it up darls!

ZZnoor said...

mm...bagai menjaga bunga di laman ye..suit assumption wit d situation..gud message utk sume!

Effa Sahat said...

ye leily, kite join p365.. saja.. mendisplinkan diri KONON. hehehe...
Wish me LUCK...

zznoor, semasa saya bujang, bunga2 kertas mak saya berkembang dan indah d laman. sampaikan masa majlis kawin saya, boleh gunakan bunga2 tu sebagai landskap perkahwinan dalam taman. chewah..
bila saya dah kawin ni, ghairah menjaga bunga pun kurang..

sekarang saya pula yang gila bunga! :)

Effa Sahat said...

ye leily, kite join p365.. saja.. mendisplinkan diri KONON. hehehe...
Wish me LUCK...

zznoor, semasa saya bujang, bunga2 kertas mak saya berkembang dan indah d laman. sampaikan masa majlis kawin saya, boleh gunakan bunga2 tu sebagai landskap perkahwinan dalam taman. chewah..
bila saya dah kawin ni, ghairah menjaga bunga pun kurang..

sekarang saya pula yang gila bunga! :)

azieazah said...

Teruskan apa saja project selagi ianya menjadi suatu usaha ke arah kebaikan keluarga esp. anak-anak. Mengharapkan orang utk mengajar dan mendisplinkan anak kita, adalah suatu yang tidak adil.

Apatah lagi U sebagai ibu yang ada masa yg lebih berbanding ibu yang bekerja (U surirumah, kan?), so U beruntung dapat membuat hampir semua keperluan sendiri dan melihat anak di depan mata. Lebih puas.

Setuju, DOA penting. Sabar pun suatu kunci juga.

Effa Sahat said...

betul kak AA.hantar nana ke sekolah, saya kesian tgk cikgunya .lemah lembut orangnya . tak leh bayangkan macam mana dia nak kawal 25 orang murid umur-umur nana - 4 tahun ...

sebab itu mereka cikgu.. saya bukan cikgu.

:) mereka lebih bersabar dari saya .. ehheheh