P:365 Day 5 :-) "Old Dogs"


Gambar saya tiada kena mengena dengan tajuk entri. Sedang saya menaip entri ini, sambil-sambil menonton channel Star Movie - OLD DOGS. Ceritanya sangat menarik. Buat saya ketawa dan 'touching' sekali sekala. Saya suka cerita begini. Ringan dan penuh sinis.

Tersindir saya sesekali bila menonton cerita begini.

Saya rasa saya pun kena mula buat senarai kerja - What to do List untuk anak saya.

KID'S LIST:- Nana
  • belikan jeans baru Nana
  • cari masa untuk bawa Nana aktiviti di luar rumah, berenang, main basikal.
  • pastikan Nana buat workbook sehelai sehari.
  • pastikan Nana minum scott's emulsion setiap hari.



KID'S LIST:- ALIA

  • Ajar Alia ABC
  • Ajar Alia poopoo di tandas
  • Ajar Alia coloring.
  • Luangkan lebih masa untuk Alia.


Jangan kata 'SURIRUMAH' dapat menjaga anak lebih baik dari wanita bekerja di luar sana. Sebenarnya apa kami lebih adalah masa ; itu juga kekurangan kami. Kami lebih masa dirumah, tapi tak semestinya masa bersama anak.


Kadang kala mencuci kain, mengemas rumah, mencuci tandas, memasak, membersih, mengmop lantai belum termasuk facebook, twitter, blog masa banyak lari ke situ. Insaf sebentar.



"I'm not a superhero kids, and that's a good thing, coz superheroes always out there for help others. I just want to be with you and for life"

5 comments

Yan said...

Wah..panjang list tu.. Gud Luck ye, Effa

norh said...

keja rumah pun tak pernah abis kan..

Effa Sahat said...

hehehe thanks kak yan.. i tot so panjang.. tp tak nak sebut.. huhuh...

norh- hmm tu la pasal. never ending story... part terbest adalah... sama hari2... :P

azieazah said...

Benar. Segalanya tertakluk kepada bijaknya kita bermain dgn masa. Masa yang berkualiti.

Pucuk pangkal hati dan kemahuan. Kan?

Effa Sahat said...

kak AA
saya masih belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Bijak tu jauh lagi tu. hehehe.
Sangat terpengaruh dengan laptop. Bila buat kerja rumah, laptop macam memanggil-manggil...

:)