P365: Day 6 :- A Struggled





Hari yang ke-6.


Mendesak juga masa-masa ini. Pada mulanya saya, merasakan 'Ahh.. kacang, apa susahnya. Ambil la saja gambar hari-hari - kebetulan juga saya memang kaki ambil gambar anak-anak'.


Ia TIDAK semudah itu. Sama seperti rutin harian di rumah. Memang nampak mudah dan senang, bila di lakukan hari-hari, orang kata 'alah bisa tegal biasa'. 'Alah bisa tegal biasa' ni saya rasa sesuai untuk sesuatu yang mencabar, jadi kita lebih tekun. Bila sesuatu perkara itu kelihatan mudah, tapi sebenarnya cabaran nya adalah 'momentum dan istiqamah'.


Jadi, hari ini, saya dapat peluang 'tembak' gambar Alia, semasa dia sedang berusaha turun dari gym Papanya. Hehehe. Ini akan jadi kenangan. Pasti akan saya terkenang. Melihat raut wajahnya meminta pertolongan turun dari gym tu. Priceless :)


Terima kasih Projek 365.



4 comments

azieazah said...

Seronok dapat tembak gambar2 candid gelagat anak2. Nanti boleh buat kenangan di hari mendatang...

Budak2 cemana gaya pun tetap comel dan tulus...

Effa Sahat said...

betul kak AA. masa anak pertama dulu, mmg saya byk masa utk dia. gambar dia mmg sangat byk. masa tu camera berpixel kecil, jd tidak mengambil ruang yang banyak.

bila anak ke 2 ni, saya rasa kasihan padanya. jadi, this is my resolution gak la, nak tembak gambar anak2 sebanyak mungkin. kenangan untuk hari esok :)

Yan said...

Sebab itu akak active balik kat blog. Pasal dah naik malas nak cuci gambar di kedai. So, ada baik letak dlm blog. So, kalau nak tgk, tinggal on je..

Effa Sahat said...

last dec, saya beli 1 external harddisk khas utk gambar2 anak2... huhuhu...

i don't want to miss a thing! :)