P365: Day 7 :- Eat, Love And Pray


Agaknya saya kurang mendalami atau ada masa nak mendalami buku yang satu ni. Walhal, memang best seller dah novel Elizabeth Gilbert ni. Saya tak faham atau saya tak mendalami ?

Saya tak habis baca lagi cerita ni. Macam tiada momentum untuk terus membaca. Tak faham kenapa dia mendesak untuk penceraian dan tidak mahu ada anak lagi. Hmmm.. Musykil dan tak faham. Perlu terus membaca lagi untuk tahu kenapa.

Hari ni, saya cuma nak berkongsi dengan teman-teman apa yang saya sedang baca. Kelajuan saya baca adalah selembar sehari (mungkin itu satu faktor saya tak dapat nak 'masuk' ke dalam dunia Elizabeth Gilbert ni). huhuhu.

Baiklah. Selamat hari jumaat semua. Selamat bercuti esok untuk yang bercuti. Selamat berweekend kepada yang short trip pada hujung minggu ini. tapi rasanya semua orang dah mood bekerja semula kan ?


Nota kaki : Agak-agak saya ada kekuatan tak untuk buat entri P365 esok ? Sabtu Pertama!!!

4 comments

norh said...

teruskan entri P365 awak..suka saya tengok org lain mampu buat..sendiri belum lagi ;)

Effa Sahat said...

thanks norh.
saya cuba. doakan saya. ;)

haniz said...

teruskan membaca .. best cite tu.. tapi tak yah la nak faham kan kenapa dia tak nak anak or sebab dia nak bercerai.. it's just because she is not living the life of her dream and she doesn't recognize who she is anymore..
Just enjoy the ride of her journey finding herself and balance..

Effa Sahat said...

sedang meneruskan perjuangan utk habiskan la ni kak. huhuhu.. will do. inshaAllah...