P365 : Day 8 :- Hari Bersantai Dan Beriadah


Wah ! Dah pandai bergaya si comel mama sorang ni. Kaca mata Jay Bon mama juga jadi mangsa ! :) Hehe



Beberapa perkara tentang hari ini :-
  • Bangun awal.
  • Sarapan di luar.
  • Membeli belah barang untuk sukan ; Raket Squasy, Kasut indoor game, Swimming Suit untuk Alia.
  • Beli barang untuk landskap.
Bersemangat betul kami hari ni untuk membeli belah barang sukan. Selama ni, kami memang suka bersukan, tapi sejak ada 2 'beg tangan' hasrat saya dan suami selalu membeku.

Terpaksa mengalah masa untuk anak-anak.

Tapi sekarang, Alia pun sudah boleh turut serta. Inilah masa yang tepat untuk kami memulakan aktiviti hujung minggu beriadah dan bersukan! Yeah!

Komitmen kerja - suami dan jadual padat di rumah - saya si surirumah, kadang kala menimbulkan stress dan tekanan. Untuk mengurangkan tekanan kami cuba untuk meluangkan masa bersenam. Paling kurang pun, yoga atau beraerobik gedik-gedik di rumah. Hee. Seronok juga dapat melompat girang bersama anak-anak di rumah.

Tapi tak setiap hari pelangi muncul. Begitu juga kesempatan untuk bersenam di rumah. Kekadang tu sempat, kekadang tu ke laut juga hasrat saya - laut bukan jauh depan rumah saya saja :)

Kadang-kadang, kalau ada kesempatan, suami dan saya akan berjoging selepas solat subuh sementara anak-anak masih tidur. Tapi sekarang ni, macam tak berkesempatan kecuali hujung minggu, memandangkan nanti kelam kabut pula nak uruskan Nana untuk ke sekolah.

Nah sekarang, ada hobi baru. Squasy!


Jom! Kita jadi lebih sihat :)


 nota kaki : cerita tentang landskap tu nanti kita sambung esok hari pula! selamat berhujung minggu! :)

6 comments

azieazah said...

Best kan dapat buat xtvt luar bersama keluarga esp. dgn anak-anak.

Merapatkan hubungan dan anak-anak akan sentiasa ingat pada kita.

Effa Sahat said...

ye kak AA.
kadang-kala terlalu menghabiskan masa mendisplinkan mereka, tp lupa utk bersahabat dengan mereka...

Yan said...

Aka punya landskap kat luar tu dah bersarang dah.. Nak tanam kedondong pun tak sempat2..

Effa Sahat said...

tangan saya ni nak kena masukkan ke dalam fridge kak! masih panas. kena slowly.. buat bunga kertas n bunga pukul sembilan dulu. nak kasi sejuk tangan.. hehehe..

buahbuahan tak menjadi kalau dengan tangan saya

Janna Wan Muhammad said...

wa....u pon dah main squash...blh la kita main sesama...yeay! ada gang dah, sblm ni susah nye nak cari gang yg main squash..main badminton ramai la..

Effa Sahat said...

hehhe.. saya budak baru belajar.
bola asyik ke langit dan bumi. jarangnya tepat.

hubby punya hobby baru. sy nak jadi pompom girl, dia tak kasi, jadi paksa-rela saya join hehehe... boleh le kita bersquasy.... hehehe