Persahabatan Kanak-kanak



Salah satu persamaan Nana, anak sulung saya dengan saya adalah - Sifat peramah. Sangat peramah. Kadang naik segan pun ada. Dia sangat mudah berbual dan bercerita dengan orang yang baru dia kenal. Macam mama dia juga. Tapi yelah kan, kita dah 'tua', tahu di mana kita kena mula, dan di mana ia berakhir. Ada sempadan nya.


Tapi sifat kanak-kanak. Tiada sempadan. Mereka berkawan tanpa warna kulit dan sempadan bangsa.

Lara- saya rasa dia orang British. Berkenalan dengan Nana, ketika kami makan di R
estoran Gayang, Salut, baru-baru ini. Meja keluarga Lara bersebelahan dengan meja kami. Dan ketika, mak-mak dan bapak-bapak menjamu selera, mereka pula bertukar-tukar senyum, kemudian bergerak berdekatan dan bercerita.


Mungkin minat mereka sama! Dora the explorer! Bahasa ? Saya tak pasti anak saya berbahasa apa ketika berbual dengan Lara. Sebab saya tak mengikuti sangat mereka. Ambil gambar dari jarak jauh. Tapi, bila tengok Mummy si Lara ambil gambar kenangan mereka berdua, kami pun turut la sama. Berkenalan dan bertanya khabar antara satu dengan yang lain.






Nana tidak mengenal warna kulit ya. Di kolam renang, tempoh hari pun, dia berkenalan juga dengan kanak-kanak di situ. Bercerita bermain.


Saya rindu zaman kecil. Zaman penuh keikhlasan. Tiada perasaan sangsi dan ragu pada orang.


Nota Kaki :

1. Sifat alia- masih dalam pencarian. Tapi buat masa ini, kelihatan seperti kakaknya juga. Talkactive, and very very active. Mengalahkan anak lelaki

2. Entri ini bukan entri kiasu seorang mama. Sekadar mencatat kenangan zaman kecil anak-anak. Takut-takut nanti saya lupa.

3. dear Belog,

TOLONG INGATKAN AKU ye... :) ... Tahniah kepada Ana Raffali kerana menjuarai AJL 2010! Itu rezeki kamu.





2 comments

Daddy Ziyyad said...

yup, hati kanak2 memang ikhlas..
kita yang dewasa ni kadangkala penuh dgn penyakit hasad dengki..

Effa Sahat said...

hasad dengki, pilih bulu.. macam macam...