Spending Time - Captured Moment & Watching Destiny








Kalau saya tak ada apa nak buat pada waktu sebelum tidur, saya akan membaca novel atau edit gambar-gambar anak-anak yang saya ambil saban hari.


Memang kalau tak join projek 365 pun saya kaki photo. Suka ambil gambar anak-anak. Saya nak ambil gambar mereka sebanyak mungkin. Menangkap memori, melihat masa depan di depan mata. Mereka berdua adalah hari ini dan masa depan saya. Mudah-mudahan saya dapat mendidik mereka dengan sebaik yang mungkin ..


Kalau ada Adobe Photoshop tentu seronok. Rindu mengodek. Si Suami sedang 'terbang ke brunei' dengan flight simulator. Jadi saya tak ada peluang nak mengodek Photoshop di PC. Lappy saya ni biasa-biasa saja. Kalau install Photoshop alamatnya siput lebih laju dari lappy ini :)

5 comments

Yan said...

Akak pun macam Effa. Banyak betul album. Now hanya guna digital then load di pc. Then masukkan ke blog as memory.. Seronok kan.

Nurul Aima Hj Kaim said...

projek apa bh yg d buat ni fa..mcm siuk pula

Effa Sahat said...

kak yan,
tu la kak yan. internal harddisk kt pc penuh. terpaksa beli external.

Aima,
projek 365, a photo a day.
then aima upload ke group site dan blog. means kena ambil apa2 gambar then kita blog about it. everyday! nda boleh miss! :) heheheh

Nurul Aima Hj Kaim said...

ala termissed suda beberapa hari..kalu tau awal siuk jg mo ikut kan..

azieazah said...

Baguslah idea sebegini. Boleh buat kenangan di masa akan datang.

Kalu ada Photoshop memang macam2 bleh buat.

Kak Azie cuma ada Shop Photo jer. Depan rumah. hehehehe