Updates On Alia




Kalau dah namanya blog 'mamafaranzara' apa lah lagi kisah yang utama kalau bukan kisah 2 orang anak kesayangan hamba.

Lia, lepas dia baik dari demam 2 minggu lalu, memang terasa sangat perbezaan dia. Dan pandai menunjukkan emosinya. Merajuk, tak puas hati dan semakin kerap bergaduh dengan kakaknya.

Ok. 'Pandai'. Sepatutnya saya gembira. Berkembang anak saya.

Tapi saya agak risau sebenarnya. Risau, adakah dia kurang kasih sayang dari saya? Atau saya kurang memberi masa pada dia ? Dua-dua ayat tu sama saja maksudnya.

Saya harap, saya dapat memberi lebih tumpuan padanya bila Nana dah mulakan sesi persekolahannya nanti.

Isnin = Teruja!

No comments