Kenapa saya blog?


Kenapa saya berblog?

Saya blog untuk kepuasan diri sendiri. Mengurangkan tekanan tanggungjawab seharian. Melarikan diri seketika dengan realiti kehidupan yang ada sesetengahnya agak membosan dan membebankan perasaan saya.

Saya melihat bloging adalah satu cara untuk mencari siapa diri kita sendiri. Melihat kehidupan dengan membaca dari hitam dan putih.

Ada orang bloging untuk duit. Oh duit. Nuffnang saya tidak layak lagi untuk dikeluarkan. Bukan. Bukan pasal duit.

Saya tidak galak mencari follower seperti satu ketika dulu. Dulu, bila saya melihat follower blog orang beriban, saya jadi teruja. Mahu seperti itu. Kini, tidak lagi.

Ntah lah, mungkin sudah tidak kisah  berapa orang datang atau pergi untuk setiap hari di sini. Saya masih simpan kotak follower pun sebab nak hiasan. He he he. Boleh ? Sengih. Boleh saja, kalau saya suka.

Ada satu lagi. Saya suka membaca kisah orang. Mencari inspirasi kehidupan dan mencari kekuatan setiap individu itu untuk saya jadikan teladan. Itu sebab blog pilihan saya untuk saya baca secara daily bercirikan blog wanita, berumur, tentang kehidupan.

Saya juga suka bercerita tentang kehidupan. Tentang kegembiraan dan kekecewaan. Tentang gelagat anak-anak untuk saya kongsikan dan saya dokumetasikan. Jadi kenangan terindah.






3 comments

azieazah said...

EFFA, apa jua laman sosial jika digunakan pada cara yang betul pasti menyeronokkan dan menjadi suatu yang membanggakan pula.

Blog suatu wadah luahan hati, perkongsian pengetahuan berguna, alternatif selain mengadap buku..

Terpulang diri kita mengendalikannya.

Selamat berblogging, moga terus menjalin persahabatan di alam maya..

Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

Effa Sahat said...

macam-macam orang macam-macam jenis blog dan cerita ada ... betul tak kak AA? :)

azieazah said...

Yes dear... U’re absolutely right!