P365 : Day 38 :- Freeze the Moment.



Masih dalam mood 'hitam dah putih'. Cuaca sekarang sangat sesuai untuk bermanja-manja dan mengomol-gomol mereka. Kerja surirumah selesai hari ini (selesai?). Untuk jam ini, sementara kain di ampaian belum kering, bolehlah saya perasan sekejap, tidak ada kerja sekarang! :)


Banyak perkara bermain difikiran. Tapi tak mampu untuk dilepaskan di sini. Apa lagi yang hendak dikesalkan dengan kehidupan. Inilah 'kehidupan' seperti yang dijanjikan. Kita lalui saja dengan redha dan sabar. Ingat, dunia ibarat roda. Hari ini kita berduka, esok pasti bahagia menjelma. Kepada yang gembira, ingatlah juga. Hargai masa itu kerana ia tak betah di situ. Pastikan berlalu. Tiada yang kekal abadi.




Kelmarin petang, berkunjung ke rumah sahabat. Saya rasa sangat gembira. Bukan kerana dapat makan keropok lekor handmade by her, tapi kerana dapat berkongsi minat dan rasa. Bila melihat susunan dapur dan ruang hobi, teringat pada .... diri sendiri. 

I miss those old days. Missing my paper-craft table. Bila agaknya dapat duduk dan buat yang kita suka saja? :) 

Sekarang masanya untuk bersama si cilik tersayang. Pasti akan datang masanya saya akan bersendiri dan masa itu saya akan gunakan untuk "me-time". As for now, tengok tu, ada saja kerja yang dibuat. Panjat meja cermin sendiri. Saya tak pasti dia panjat ikut tang mana. Tahu-tahu dia dah duduk sedang elok di atas tu.

Otak terus... Kamera.. mana kamera! 
haha. Mulut bising, tapi lari cari kamera! Freeze the moment! 

Snap Snap! 

Have a 'snap' monday! :)


4 comments

izazi said...

hahaha effa
budak bulat nih ..
nampak diam ..tapi ada je idea dia
nak buat apa

Effa Sahat said...

tau tak per kak. lasak bukan main. agaknya masa mengandungkan dia hati tu teringin nak anak lelaki. hahaha...

tu la segan nak dok join geng sembang petang kt jalan CM .. haha .. dengan ke'lasak'an dia ni, saya rela dok dalam umah sorang-sorang. hehehe

Ayin Masliza said...

wahhhh.. cantikkk.. snap sendiri ker?? bila pulak masanya saya nak bersnap2 dengan SLR... hehe.. selalu maik pakai hp jer...

Effa Sahat said...

hehe. pakai timer. snap sendiri le ayin.. mana de org lain kt umh. hehe.. slr tu mmg tak masuk beg, sentiasa on the go. nak fully used.