Nostalgia CNY


Entri bersifat nostalgik. Tak tahu kenapa sekarang jadi orang yang sangat sentimental.
Bukan orang yang ada "sentimen". Baiklah. Mari senyum. Sinis.

Ada baiknya mengenang masa lalu. Mengenang keindahan perasaan dan perhubungan 
yang berlalu. Masa sekarang terlalu cepat. Tak sempat menghayati, tiba-tiba, ia telah berlalu pergi...

CNY adalah antara cuti umum yang paling saya tunggu-tunggu.
Tapi bukan tahun ini. Tahun ni, CNY saya biasa-biasa.
Kalau tahun-tahun sebelum, CNY, masa makan besar dan kumpul angpow. Sengih bila teringat.

Gambar ini kenangan dalam kereta,
dalam perjalanan,
berkunjung raya ke rumah kawan-kawan abang saya. 
Tengok saya sangat tembam? Tak reveal perut. Saya sedang mengandungkan Nana masa ini.
Lihat wajah bonda. Walau tidak kelihatan senyum, nampak hatinya tenang dan berbunga-bunga.

Wajah itu, sekarang tidak begitu.
Tak apa. Mari kita senyum kembali.

Tahun ini harap di "sana" semakin ceria. Di sini juga semoga semakin bahagia.
Saya dan keluarga di Teluk pula - seindah biasa. Bangun lewat (cuti bendera jepun), 
anak-anak masih dalam mimpi fantasi harry potter,
suami sedang 'terbang' dengan Flight Simulator. 

Nak makan besar apa hari ni?

Nota kaki : "Dia ada sennnnyyyyummm"

Happy CNY buat rakan-rakan berbangsa cina dan tak lupa kepada Rabbit saya di tandas bawah. 


2 comments

azieazah said...

EFFA, memang ada keluarga/sedara mara yang berbangsa Cina kah?

Apapun, selamat bercuti.

Effa Sahat said...

Ye kak. secara tak langsung. My mom side. Moyang saya cina masuk islam. Habsah Hassan - Orang dulu2 dia tak letak pun nama abdullah kt belakang. selamba.

Anyway, Nenek Habsah masih ada adik beradik cina dan keluarga nenek tu masih berbangsa cina. kenal tapi tak serapat mana. musim-musim perayaan kami bertukar kunjung saja.