P365 : Day 32 :- Tidak ada dendam, cuma rasa 'kecewa.

Gambar : tidak ada kena mengena dengan entri :)

Menulis dalam keadaan - Releks dan cuba menenangkan hati.

Mendapat panggilan telefon dari bonda di seberang, bercerita tentang duka nya hati seorang kakak bila membaca blog saya. Saya pelik dan kaget. Kerana tidak ada satu pun dalam blog ini (dalam niat saya) adalah untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Apa yang saya tulis adalah melalui rasa saya pada ketika dan keadaan itu. 

Pada "disclaimer" pun saya ada tulis tentang "sebarang kecederaan di hati insuran dari pihak saya tidak bakal menganti rugi ataupun membayar mana-mana medical interest". (baiklah disclaimer itu telah diabaikan oleh pihak pengadu, dari itu saya delete saja disclaimer tersebut). 

Bila melihat satu papan puzzle, jangan melihat dari sekeping 'kepingan' saja. Lihat dari keseluruhan gambar. Mungkin kamu bakal faham. Mungkin. Diulangi Mungkin. Kerana mungkin juga cara kita melihat sesuatu itu berbeza dari segi persekitaran dan emosi.

Pada hari kejadian (accident) saya baru-baru ini, sepanjang-panjang hari itu telefon saya bagaikan telefon ofis, sms berpuluh-puluh. Kenapa ? Sebab kawan-kawan dan keluarga yang tahu terus menelefon dan bertanya khabar. Saya tidak cukup telinga dan jari untuk membalas semua orang. Bercerita tentang kejadian itu pada setiap panggilan dan setiap SMS. (baiklah, sekarang saya faham perasaan seorang artis ! hahaha). 

What i wanted the most is to call - My Mum... and My mother in law.

Saya telefon adik dan abang saya untuk datang membantu. Tapi kebetulan, abang saya berada di luar kawasan. 

Saya tidak telefon mana-mana kakak semasa kejadian itu untuk menceritakan tentang masalah saya. 

Bila sudah agak petang dalam jam 3-4 begitu, saya dan suami melepaskan lelah sementara settlekan itu ini, di airport, suami ke surau untuk solat, saya dan anak-anak serta adik saya, kami duduk di McD, untuk makan (membalas makan pagi dan tengahari- lelah dan lapar sungguh). Ketika itu baru saya teringat hari jadi anak buah saya Adlee Farhan Anak SisLin. Saya terus menelefon SisLin. 

"Kak.. ada Farhan?"
"Farhan? kakak di office ni, cuba effa call rumah, ada tu dia di rumah"
"ohhhh.. OK..." 
Saya offlinekan talian itu dan Senyum :)

That's it.

Saya call farhan to wish him a Happy Birthday! And end up the conversation without telling any of the stressful story. (pada masa itu ingin tenang seketika).

Selepas itu, baru saya mengMMS kepada ke-4 orang penting selepas suami,anak2 dan kedua2 ibu bapa saya gambar kereta saya yang remuk dilanggar lori pasir. Ke- EMPAT-EMPAT. 

Kakak sulung, abang, Kakak tengah dan SisLin. 

Menjadi isu bila saya tidak dapat melayan 'dia' ketika hari kejadian. Saya tidak berharap banyak. Tolong faham.. Boleh ? 
Dalam keadaan tertekan, mengejut dan terdesak, saya memang tidak mampu untuk bercakap seperti waktu waktu biasa. Dan sebenarnya, saya tidak suka untuk mengulas berulang-ulang-ulang tentang kejadian itu. Terasa trauma dan hati menjadi risau dan jantung berdegup kencang. Tidak sihat kalau diamalkan selalu. Saya perlukan ketenangan buat seketika. 

Esoknya, orang pertama saya telefon selepas bonda, 'dia'. Tapi dia tidak ada dirumah. Telefon hp pula, dia tak ada.

TIDAK ada isu menyayangi saya dari bayi dan kenal saya dari 15 tahun lalu. Tak mahu saya mengulas lanjut tentang isu ini. Apa adanya saya, secara verbal dan penulisan, itulah diri saya. Perlukah dipersoalkan. Kalau ingin di kupas satu persatu. Tahun demi tahun tentang cerita saya dan kehidupan lalu itu, pasti tidak enak dibaca. Pasti ada yang lebih terluka.

Cukuplah, kita sama-sama bersabar dengan setiap kejadian dan mengambil iktibar atas segala ketentuan. Cukuplah tekanan dari hentaman lori pasir itu, sudah-sudahlah menunding jari kepada saya tentang hal 'remeh' begini. 

Dalam rumahtangga (baca:suami-isteri) pun, kalau hanya kasih sayang yang tinggal, tapi tidak ada sefahaman dan bertolak ansur, mana kan dapat hidup bersama. Sama juga ceritanya dalam kehidupan berkeluarga dan adik-beradik. Dan jangan juga berburuk sangka sesama kita, saya tidak sekali-sekali ada hati ingin membuang keluarga. Darah 'Sahat' sentiasa mengalir di sini. Saya tetap ada 'penyakit sensitif'. Turun temurun. Susah nak elak. 

Sebaik mana pun saya pada keluarga orang, saya sedar siapa diri saya. Saya tidak mahu menjadi malaikat sebab saya manusia biasa. Cuma saya cukup sedar diri dari itu, saya tidak mahu lupa diri.
"orang berbudi, kita berbahasa", "orang baling api kita simbah petrol kita lari masuk air :)"

Hanya Allah Yang Mengetahui setiap rasa dan saya redha andai saya masih di'tuduh' begitu. 



Nota Kaki :

1.  Saya berharap saya dapat menjawab teka tekuk Note's ini yang ditag untuk saya pagi tadi. Tidak ada dendam, cuma rasa 'kecewa.

2.  Semoga esok saya dapat cerita yang lebih ceria :)


6 comments

Janna Wan Muhammad said...

sabar lah fa..kadang2 kita sukar utk faham isi hati orang hatta darah daging kita sendiri.

Effa Sahat said...

saya tak apa-apa kak. cuba untuk fhm situasi orang, dan berdiam utk meredakan keadaan. tp bila sudah rasa terdesak untuk bersuara, haruslah diluahkan.

saya tetap begini. tiada dendam. cuma agak bingung, kerana saya rasa saya tidak memberatkan sesiapa.

azieazah said...

Kak Azie tumpang simpati dgn apa yg terjadi. Apatah lagi baru saja tragedi berlanggar dgn lori pasir itu.

Moga Effa terus sabar, dan jangan cepat melatah. Urut dada dan sentiasa positif. Mungkin ada salah faham di mana-mana.

Ya, kita manusia, tidak lepas dari tersilap.

Moga EFFA terus bahagia.

Effa Sahat said...

terima kasih kak AA.

kalau ikutkan hati, sy mahu diam kan diri.. bawa diri jauh-jauh ke pulau layang-layang. berkawan dengan burung-burung. :)

blog ini adalah 'tempat gembira'. dan tempat melepaskan rasa dlm hati. tp dipertikai dan dibawa-bawa ke luar .. ini yang buat jari saya tak senang diam. mulalah nak meluahkan 'rasa' tu.. hehe

Kujie said...

Sedih pula baca entri ni, tetapi itulah kehidupan - kita kena tempuh. Kadang2 kita hanya mohon dijauhkan kesulitan tetapi terlupa nak mohon kekuatan untuk diri sendiri....

moga tabah dan sabar ye..apa pun keadaan

Effa Sahat said...

terimakasih kak jie. :)

dugaan kak jie. saya redha.