P365 Day 40 :- Kerisi Makan Anak

 Ikan Kerisi - Goreng pun sodap...

Kerisi Makan Anak.

Dalam banyak-banyak perkara di dapur; menyiang ikan adalah satu-satunya cabaran BESAR bagi saya. Sebab saya tak suka bau ikan dan 'tengok' perut ikan. Rasa tak lalu nak makan. Uhuk-uhuk.

Dan yang paling 'best' sekali suami saya sangat favourite ikan yang sejenis ini. Ikan Kerisi. Dengan sisiknya yang mengancam, tulang yang tajam. Mesti gerenti luka di jari setiap kali menyiang. (saya bercerita macam anak orang kaya yang first time ke dapur). Haha. 

Hari ini, hari menyiang ikan. Saya siang sekaligus, dah 'done' saya terus marinate dengan kunyit, garam dan perisa, masuk kat dalam fridge. Sedang menyiang tu, terlihat seorang seekor kerisi yang sangat jahat - "so mean!" Ikan makan anak ikan. 

Selalu dengar Haruan makan anak. Jangan kata haruan saja ... Kerisi pun sama... 

Nota kaki : Agaknya itu bukan anak dia, sebab tu dia makan. Tapi itu kan keturunan dia, sepupu sepapat, adik beradik. Kenapa nak makan saudara sendiri. Oh ye. Jangan lupa, kita manusia ni pun ada yang jenis makan orang. Siapa? Orang yang mengumpat. :)

Renungan untuk hari ini. Wasallam.


6 comments

yatthienuer said...

owh...ikan kerisi
never know it till u write it here wit the pict


use to call it "ikan merah banyak sisik"
owh....sangat fail bunyinya kan :-p

Effa Sahat said...

Hehe. kalau di sabah ada sejenis lagi ikan berwarna merah .. bersisik tebal, tp sisiknya keras. selalu orang jual kt pasar dgn harga yang sangat murah. satu longgok 2-3 ringgit saja.

tapi ikan jenis tu seswai utk dipanggang. If i have a chance to snap on it, will do an entry about it.

wawa said...

haha akut pulak tengok kerisi makan anak. entah2 dia nak selmatkan anak dia dengan masukkan dalam mulut macam buaya. buaya simpan anak dalam mulut tau masa lepas menetas nak masukkan dalam air.

Effa Sahat said...

wawa- possible possible.

mana tau ek... nak kena suh Discovery channel buat dokumentari ttg ini. hehe..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

mushuk kan bau isi perut ikan kerisi ni.. tp isi die sodap, perap masin pun besh!!!!

Effa Sahat said...

perah masin tu macam mana leily ?