P365 Day 44 :- Spending Sunday


We  are definitely not a morning type person. Suami, as  a government servant, memang masuk kerja jam 7.30 pagi. Jam 7.15 sudah kena sampai di office. Jam 5.30++ sudah kena bangun. Solat subuh pun satu cerita. Being at the east part of the country, waktu syuruk sangat awal, jadi awas-awas terbabas waktu subuh.

Anak-anak pun bukan 'morning person'. Walaupun mereka tidur awal jam 9 malam, mereka akan bangun seawalnya pun jam 8 pagi. Hee. Tapi sejak Nana dah school, mereka terpaksalah bangun awal. Saya bangunkan Nana dan Alia untuk mandi dan hantar Nana ke school.

Tapi hari ini, kami memang 'terbangun' awal. Sebab semalam terlalu letih, tak sempat nak solat isya'. Nasib baik terbangun jam 4.45, sempat lah solat isya' dan terus solat subuh. Subuh masuk dalam jam 5.15 pagi. Hari ini dalam sejarah, saya dan suami terus memulakan hari kami. He. Macam tak percaya kami dah start untuk jadi 'morning person'. Sebelum ni, kami ni macam burung hantu. Burn the midnight oil.

Aktiviti kami pagi tadi, buat kandang si Dora dan Diego. Tapi macam kena pegi beli fencing baru. Budak 2 ekor itu pandai pula menyelit antara ruang fencing tu. Kena beli yang rapat sikit.

:)

This is a part of life yang saya sangat suka. Spending time with my love. Even it's not a candle light dinner atau apa. And right now, sedang saya melayan blog, dia pun di tepi saya layan lappy dia buat office work. Today is going to be 'happy time at home'. Bermalasan dan bersenang-lenang. Biar apa terjadi, kami ingin rehat hari ini.



Hari ni The Big "B" pun bangun awal. "B"- bau, bulat, bachin, busyuk, bising, buat sepah, bari malas, bari sasak, bagi rosak, baik hati, bijak, "boots" dan "barney". Tapi sudah tidur semula. Mengantuk lagi agaknya. Hee. Menambahkan "B-busyuk".

No comments