P365 Day 46 & 47 :- A lot of things happen

Day 46 : Gambar Alya Junior

**********************************************************************************
Day 47


"Apa apa pun saya makan "

"Pensel case, pensel ...."

"Pemadam 'kgakga ni macam sedap"

2 hari ni, sangat pack dengan hal-hal lain dan hal-hal berbangkit. Perkara akan mudah, kalau kita buat mudah. Tapi jangan pula ambil mudah. Bila ada kes ambil mudah, dan menganggap semua benda remeh temeh, tidak ada kualiti yang akan terhasil. Tinggal sampah sarap saja.

Saya boleh bersifat berkecuali dan tidak ambil tahu dengan keadaan semasa dalam komuniti saya, (alasan saya kukuh. anak masih kecil, tidak ada pembantu). Tapi siapa yang nak dengar masalah? Yang orang mahu dengar semua kerja jalan dengan sukses.

hei, dengar la sini. Saya pun suka semua kerja berjalan, tapi kalau anak-anak ada yang jaga 'seronoknya' dunia. Boleh saya menyumbang tenaga dengan 'terbaek'.

Jadi apa saja persembahan atau hasil 'kerja' suka dan rela saya sila ambil perhatian. Ia tidak ada kena mengena dengan 'pangkat' nama. Ini adalah suka-suka dan 'self-satisfaction'. 

Seperti projek 365 ni juga. Bukan untuk sesiapa atau bergaji. Saja-saja suka-suka untuk kepuasan diri sendiri. Hidup tanpa matlamat dan tanpa objektif- boring. Saya merasainya dan percayalah - tak best langsung. Harus mencari sesuatu yang bermakna setiap hari. Renew diri dan cari kelebihan masing-masing. Kurangkan mencari kesalahan orang lain. 

Okey. Habis tentang tugas sampingan saya.

Tentang hati.

Hati masih terasa bengkak dan macam hampir mati. Saya tak faham sebenarnya apa sudah terjadi dengan pohon yang rendang dan berbunga selama hampir 30 tahun ini. Akar nya masih utuh, tapi daun mula gugur, bunga memang tiada, ranting hampir kering. Sedih. Terkilan. Apa akan terjadi dengan ia? Inilah hasilnya bila pokok kurang diperhati dan selalu dibiar hidup sendiri tanpa pantauan ; hanya tawakkal kosong. Tawakkal tapi tidak memohon dari Nya.

Kesian pada akar. Akar masih berkerja keras untuk terus membuatkan pohon itu terus hidup dan daun, bunga, ranting seia sekata. Tapi masih tidak bertemu kesudahan yang baik. Walau di mata orang ia masih kukuh, tapi masing-masing ikut kata hati. Tiada yang mengerti tentang akar itu.

Apa yang saya cerita ni? Faham ke korang semua? Tak apa lah. Saya pun tak mahu orang faham. Sebab orang yang sepatutnya faham, tak faham-faham. Apa tah lagi orang yang tak tau menahu kan. Sengih. Macam bagi hint. 

Okey. Jom kita rehat dulu! 


4 comments

yatthienuer said...

wahahaha........
ok sy tahu itu....
nk amik rasa berat, nk tolak plak payah
dan bohong sunat la jawapannya,
sain buta.....(owh sy sedang x sihat)dan lulus....lega sekejap

tp mampu menyumbang walau sedikit
rasanya amat FUN...
niwei guluck je la to u effa :-)

Effa Sahat said...

hehe.

sumthing better left unspoken.
takde apa pun.

complicated.

Janna Wan Muhammad said...

saya rasa saya faham. kadang2 ia membuat kan kita rasa letih sangat......letih la...letih.

Effa Sahat said...

ye kak. saya sangat letih... kadang tak terbawa juga badan. coz, family and sampingan kena seiring. tak nak double standard kt mana2 ...