P365 Day 53 :- Matahari Terbenam


Ketika gambar ini diambil, azan maghrib sedang berkumandang dari Masjid berdekatan. Ini adalah permandangan dari salah satu tingkat di rumah saya. So, rumah gomen saya sumthing like this house. Semi D.
No too big, not too small. Just nice. 

Menerima SMS dari my sister. Anak buah saya yang paling 'besar' i mean 'elder, sudah bersedia untuk berumah tangga. Berita baik. Alhamdulillah. Ada orang nak membina masjid. Saya berdoa semoga semua urusan majlis perkahwinan beliau berjalan lancar. Bukan senang untuk membesarkan seorang anak perempuan. Akhirnya, ini adalah kesudahannya. Dia akan disunting dek sang teruna. Para ibu yang ada anak perempuan. Sila bersedia. Masa berjalan sangat pantas sekarang. Saya terkenang saat dia masih kecil. Bagaikan semalam. Kini, saya sendiri sudah ada anak perempuan, dan anak buah yang dulunya masih kecil, sudah nak kahwin. Cepatnya. Kemana masa itu pergi ...?

Hari ni saja, saya rasa sangat pantas. Dari pagi ke petang, sambil-sambil membereskan kerja rumah seharian, sempat melayan tetamu- 4 orang semuanya. Datang bergilir-gilir pulak tu. Hehehe. Capek juga, tapi seronok. Tetamu kan membawa rezeki, maka harus lah bersyukur. Alhamdulillah....

Nota kaki :

Terasa disappointed pada diri sendiri. Kegagalan memsnap sebarang gambar kelmarin. DAY 52! Hm.... Lopong lagi....

5 comments

norh said...

cantik lah area rumah ni..

Yan said...

Kalau Semi D tu besar dah tu, Effa.

Masa cepat berlalu.. Anak akak pun dah 14 tahun. Another 10 years dah 24 tahun.. Cepat kan..

Effa Sahat said...

norh,
kawasan ni mmg kawasan teluk. cantik sangat masa sunset.

kak yan,
tu la kak. saya rasa cepat sangat. masa besarkan anak pertama, saya rasa lambat. sekarang dah ada anak ke2, terasa eh, dah besar dah dia ni. hehe..

Kujie said...

Rasanya Kak Jie akan meminang anak orang dulu kot dari orang masuk meminang anak Kak Jie

eee...dua tiga tahun lagi kot...adeih

jadi nenek blogger

Effa Sahat said...

heeheh.. tak pe kak jie. masa takkan berhenti. kita buat yang terbaik yang termampu. insyallah... Nenek Blogger. best gak tu! :)) nenek moden!