Terima Kasih Allah.


Saya berkahwin pada tahun 2003. Selepas berkahwin, saya tidak terus dikurniakan anak - lebih tepat, saya dan suami 'merancang keluarga'  selama setahun. Kami perlukan masa untuk adjust kehidupan dan kewangan kami agar bila si comel ada, dia mampu kami beri apa yang kami mahu dia dapat.

Setahun kemudian, setelah kami bersedia untuk menimang cahaya mata, kami diduga. Kami tidak memperoleh anak selama beberapa tahun pertama. Alhamdulillah, saya conceive pada Mac 2006, dan Farah Adleena yang comel lahir pada 7 dec 2006 melalui c-section. Saya memilih untuk c section kerana, kandungan sudah masuk minggu ke 40 tapi tiada 'jalan' untuk keluar (kata dr.).

Kenangan menimang cahaya mata pertama. Priceless.

Saya sangat sayang pada Nana. Walaupun banyak juga dugaan ketika Nana kecil. Nangis selama 2-3 bulan pertama. Setiap kali senja, dia pasti menangis. Hanya kalau saya gendong, dan dodoikan di tangan selamat 1-2 jam  (maghrib-isya'), dia akan tidur lena di tangan. Sudah jam 9 malam, baru saya duduk dan tidurkan Nana di tilam. Bayangkan sepanjang dari maghrib (6.30 ptg) ke jam 9 malam, saya akan gendong, berpusing satu rumah, mendodoi dia di tangan, sambil berselawat dan berzikir. Sedang perut masih pedih dan sakit. Tak dapat lupa.

Selain itu, Nana anak yang baik. Talkative, periang, happy. Sampai sekarang. Cuma saya saja yang tidak sabar dengan keletah anak-anak. Sering marah-marah. Hm...

Setelah Nana berusia lebih kurang 1 tahun 8 bulan, saya mengandungkan Alia. Itu request saya. Saya bilang pada suami, saya ingin anak lagi, supaya Nana ada teman. Selama suami berada di rantau, saya mahu mengandung dan bersalin. Nanti, bila sudah pulang ke Malaysia, tinggal nak membesarkan mereka saja - oh ya, bermula jan 2005, suami dan saya berjauhan. 4 bulan sekali baru dia pulang ke Malaysia. Jadi ketika mengandungkan Nana, dan bersalinkan Nana, kebanyakan masa, saya di Labuan bersama bonda. Mengandungkan Alia pun begitu, cuma ketika bersalinkan Alia, suami kebetulan sedang bercuti, jadi dia berkesempatan melihat sendiri Alia lahir secara normal. Alia lahir ketika minggu ke 39 pada 11 april 2009. Seminggu sebelum anniversary saya dan suami.

Siapa Alia? Pemarah, lebih independent, mudah dijaga, manja dan suka makan. :)

Sekarang Alia berusia 1 tahun 10 bulan, dan saya belum bercadang untuk menambah rakyat. Target peribadi 3 orang. SEBELUM saya berusia 30 tahun - julai ini.

Tapi sekarang, saya belum bersedia lagi. Penat saya belum lagi habis. hehe.

Saya rasa saya bukan mama yang baik. Belum hampir kepada baik - saya garang dan tegas. Kadang-kadang saya rasa mereka sepatutnya dapat lebih dari apa yang saya mampu beri.. apa yang saya mampu beri dari segi masa dan 'perhatian'.

Ketika membesarkan Nana tanpa suami di sisi, lebih mudah. Kerana? Saya tidak berkerja, dan mempunyai 24 jam hanya untuk Nana. Saya mampu menyayangi Nana lebih dan memberi perhatian yang lebih. Tidak perlu memasak dan mengemas. Saya hanya perlu melihat dan urus Nana. Best kan ? :) he...

Nana 2 tahun lebih, Alia lahir dan suami pulang 'back for good' ke Malaysia. Merasa!

Saya tak menang tangan. Mana Nana menagih perhatian seperti dulu, Alia pula masih kecil lagilah memerlukan saya. Suami juga perlu perhatian. Rumah dan tangga. Saya jadi kejutan budaya pula pada mulanya.

Ini baru nak bernafas sedikit. Tarik nafas- tahan- hembus.....

Tapi saya rasa sangat Happy walaupun saya penat dan lelah. Mereka, anak-anak dan suami sangat menceriakan kehidupan saya. Tak mampu memikirkan tanpa mereka di sisi. Penat pun penat lah, tapi yang penting - Happy. Sekarang ni pun Alia tengah 'muahhhh' kat pipi sambil saya menaip. Hehe. Bahagia. Terima kasih ya Allah.



6 comments

nonie said...

Allah tu Maha Penyayangkan norf? Di sebalik sedikit dugaan, diberikan rahmat & kebahagiaan buat kita berlipat ganda. Syukur alhamdulillah. BTW 2nd child mmg kuat mkn kot kan? Asyfa pun sama hehe.

Yan said...

Kebahagiaan kita bila org yg kita sayang bahagia. Some times kita sendiri yg merana (buka merana teruk2 lah)- penat, sakit. Tp kita jd lebih kuat.. INSYALLAH kebahagian sentiasa menjadi milik Effa. AMEEN.

Effa Sahat said...

Amin kak yan. terima kasih.. semoga kebahagian milik kita semua.. amin...

mrs_zura said...

hehe..syukur...xtau nk tulih ape...

Effa Sahat said...

terima kasih zura...

Effa Sahat said...

terima kasih nonie. rindu pulak dgn 2 orang tu... ashfa mesti dah besar.